PEMERHATI POLITIK ANGGAP KENYATAAN LEE KUAN YEW TERHADAP PEMBANGKANG ADALAH BERASAS




Selepas kenyataan Lee Kuan Yew, DAP dan Pakatan Pembangkang kini mengalami krisis personaliti. Mana tidaknya, bekas Perdana Menteri Singapura itu merupakan rakan baik DAP dan Pembangkang, dan kenyataan Lee Kuan Yew itu benar-benar menusuk batang hidung Pembangkang.

Bagi pemerhati politik Malaysia, kenyataan Lee Kuan Yew itu berasas hingga menyebabkan rakyat Malaysia menolak Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 biarpun Pembangkang berasa yakin akan menakluk Malaysia.

Bagi GeoStrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, perkara itu berdasarkan pendekatan politik pembangkang di negara ini yang dilihat lebih menjurus kepada perjuangan bersifat kepentingan peribadi.

Menurut beliau, keadaan itu sama sekali berbeza dengan pendekatan politik pembangkang di Singapura yang Parti Pekerja (WP) yang mengkritik kerajaan negara tersebut secara positif.

"Kuan Yew menegaskan jika pembangkang Singapura mempunyai sifat seperti pembangkang di sini, maka sukar untuk negara republik itu maju ke hadapan.

"Ini menjelaskan pendekatan politik pembangkang di negara ini yang menyemai sifat kebencian dalam kalangan rakyat memberi kesan kepada proses pembangunan negara.

Dalam pada itu, Azmi berkata, kegagalan parti-parti pembangkang menguruskan masalah dalaman masing-masing merupakan manifestasi kelemahan tadbir urus pakatan tersebut.

"Kuan Yew hanya menyatakan yang tersurat, tetapi mustahil bagi Pakatan Pembangkang menerima realiti ini kerana DAP, PKR dan PAS adalah peluang terbaik mereka menumbangkan BN.

"Namun, rakyat perlu menilai apakah mereka mahu sebuah organisasi yang lemah seperti pakatan pembangkang mentadbir negara," ujarnya.

Sementara itu, penganalisis politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. P. Sivamurugan berkata, pandangan Kuan Yew itu dibuat menerusi pemerhatian beliau hasil lawatan ke negara ini sebelum pilihan raya umum lalu.

Menurut beliau, pandangan Kuan Yew itu juga melihat kepada bilangan kerusi yang dimenangi pakatan pembangkang selain berdasarkan pengalaman beliau sendiri yang mengetahui mengenai keutuhan kerjasama yang wujud di bawah BN.

"Bagi saya ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang mempunyai ideologi berbeza, mungkin itu yang dirujuk Kuan Yew.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger