PELUANG CERAH UNTUK SINGKIRKAN LIM GUAN ENG DALAM CEC DAP 2013-2015



 
Setelah tertangguh begitu lama atas alasan memberi ruang kepada DAP untuk bertanding dalam PRU-13, akhirnya badan bertanggungjawab Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengarahkan DAP Pusat mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

Surat telah pun dihantar kepada DAP pada petang Khamis bagi memaklumkan kepada DAP akan keputusan ROS setelah mengambil ketetapan dan laporan yang dibuat sendiri ahli DAP di seluruh negara.

Setiausaha DAP, Lim Guan Eng sendiri mengesahkan surat ROS itu telah pun diterimanya dengan alasan ROS tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP berhubung isu penyelewengan undi CEC.

Seperti biasa, seolah-olah dirinya kebal daripada melakukan kesalahan Lim Guan Eng mengutuk tindakan ROS itu dengan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak adil kerana dakwanya, badan tersebut tidak menyatakan dengan jelas mengapa pemilihan semula CEC perlu dilakukan.

Nampaknya, Lim Guan Eng buat-buat sengaja tidak mendengar rintihan dan kemarahan ahli-ahli DAP di seluruh negara berhubung ketidakadilan CEC itu dilaksanakan. Bahkan ramai ahli DAP yang menemplak DAP bahawa pemilihan CEC sebelum ini banyak di pengaruhi oleh kepentingan dan unsur politik dalaman bagi memberi ruang kepada muka lama untuk mempertahankan jawatan mereka.

Kenyataan itu juga bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini, iaitu tidak akan tunduk kepada desakan pelbagai pihak, khususnya ahli DAP agar pemilihan CEC diadakan semula selagi tidak mendapat surat rasmi daripada ROS.

Sebelum ini, ahli DAP berterusan mendesak parti itu mengadakan pemilihan semula CEC bagi mengelakkan DAP dibatalkan berikutan dakwaan berlaku penyelewengan dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan.

Skandal penyelewengan tersebut kemudian didedahkan Father Augustus Chen dalam buku The Equity Report tetapi meskipun pendedahan tersebut menjejas kredibiliti DAP, tiada penafian dibuat pemimpin tertinggi parti itu.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger