PAS SANGGAH MAHKAMAH PILIHAN RAYA HANYA UNTUK ORANG-ORANG KAYA SAHAJA





Pada ketika ini banyak mahkamah di seluruh negara mengadili petisyen PRU-13 yang dibuat calon BN dan Pakatan Pembangkang dalam mengubah nasib masing-masing. Sehingga kini tiada petisyen yang berjaya mencabar kemenangan calon yang menang sama ada di pihak BN mahupun Pakatan Pembangkang.

Tetapi, harus diingat pihak yang kalah dan mengemukakan petisyen itu di mahkamah dan sekiranya kalah dalam perbicaraan maka sediakanlah wang tunai sebagai membayar denda. Manakala, bagi calon yang menang tetapi dipertikaikan kemenangannya akan menerima ‘hadiah’ akibat turun naik mahkamah.

Dan, dengan kebanyakan keputusan mahkamah banyak memihak kepada calon BN di mana Pakatan Pembangkang antara yang ramai yang mengemukakan petisyen bantahan dan kalah serta terpaksa membayar denda. Sebelum mengemukakan petisyen itu lagi, setiap pihak yang membawa kes ini ke mahkamah tahu akan nasib yang akan diterimanya sekiranya menang atau kalah.

Tetapi, kenapa sekarang ini Pakatan Pembangkang menerusi PAS menganggap denda yang dikenakan ke atas pihak yang kalah adalah terlalu tinggi sehingga menuduh mahkamah sebagai tempat untuk orang kaya-kaya sahaja.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Mahkamah Pilihan Raya yang bertanggungjawab mengadili proses terakhir sebagai saluran sah rakyat dalam mengadu kepincangan pilihan raya tetapi kini bertukar menjadi jalan buntu.

Dengan mengenakan penalti yang tinggi tanpa sebarang tanda harga, dilihat seolah-olah ingin menyekat rakyat daripada mendapat keadilan yang sewajarnya.

“Mahkamah sepatutnya menjadi tempat rakyat mengadu serta mendapatkan keadilan.

Semalam, keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen yang difailkan BN dan Pakatan Pembangkang di peringkat awal sebutan kes dengan alasan teknikal sahaja. Dengan penolakan ini, akan dikenakan penalti yang tinggi ini untuk menyekat pihak tertentu daripada membuat petisyen atau pun satu ikutan baru dalam mahkamah.

"Bagi saya penalti yang tinggi ialah amaran tersirat agar setiap kali pilihan raya jangan ada pihak yang berani membuat petisyen walaupun tidak berpuashati.

PRU13 mencatat sejarah petisyen paling banyak iaitu 60 kes dengan 39 daripada Pakatan Pembangkang dan 21 daripada BN.

“Kos pempetisyen membuat petisyen sangat mahal.

“Pempetisyen dikenakan untuk membayar penalti kos kepada SPR, jumlahnya sangat besar sehingga RM150,000 ini apa yang berlaku di petisyen pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kuala Brang, Terengganu.

Jika benar tidak mampu mencabar kewibawaan SPR sebagai badan bertanggungjawab mengendalikan pilihan raya dan sikap tidak puas hati terhadap keputusan yang diterima maka keputusan membawa kes ini ke Mahkamah Pilihan Raya adalah jalan terakhir untuk menentukan siapa pemenang dan rasa puas hati.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger