PAS KINI SEMAKIN MELENCONG DARIPADA ISLAM




Menerusi Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan Maznah Yusof yang bergambar dan mengambil video bersama anjing itu tidak mempunyai niat menghina Islam.

Sebaliknya, beliau berkata Maznah hanya menunjukkan ketaksubannya terhadap haiwan tersebut.


Itu adalah kata-kata pemimpin yang berpayungkan PAS kononnya Islam. Kenyataan itu dikatakan mempunyai maksud tersirat untuk menjaga hati rakan dalam PKR dan DAP yang kebanyakannya Cina yang memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan.

Manakala, dalam Islam sendiri memegang anjing itu sendiri adalah haram. Malah, dalam adat masyarakat Melayu di Malaysia perbuatan itu melangkaui budaya kehidupan seharian.


Jadi, kenapakah PAS menganggap perbuatan Maznah itu tidak haram dan tidak salah di sisi Islam. Jika begitu pemikiran PAS, bermakna umat Islam boleh memelihara babi @ khinzir? Ini kerana menurut Tuan Ibrahim hanya bersifat ketaksubannya sahaja.

Juga, alasan Maznah mungkin seorang yang tidak tinggi ilmu agamanya juga tidak dapat diterima akal. Dia bukan berumur 8 tahun, tetapi berumur 38 tahun dan seorang yang sudah baligh. Justeru, tiada alasan mengatakan ia suatu kelakuan yang jahil.

Seperti juga PAS dan Pakatan Pembangkang yang tahu fitnah itu dosanya lebih dahsyat daripada membunuh, tetapi masih juga melakukannya. Jadi, adakah orang sebegitu jahil dan tidak perlu diberikan hukuman?

"Video tersebut juga bukan untuk menghina sesiapa, tapi kerana ketaksuban beliau dalam menyayangi anjing sehingga seolah-olah beliau inginkan anjingnya dimuliakan sama dengan kita memuliakan manusia," katanya pada satu kenyataan media.


Dengan isu terbaru itu, jelas PAS kini sudah hilang pegangan agamanya selepas insiden pasangan porno Alvin dan Vivian yang turut dibela PAS. Dengan tindakan seperti ini maka sangat jelas maruah Islam di Malaysia semakin tertindas disebabkan umatnya sendiri demi kepentingan politik.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger