PARTI PEKERJA SARAWAK (SWP) AKAN SERTAI PAKATAN PEMBANGKANG SARAWAK?




SWP akan sertai Pakatan Pembangkang? Ini berikutan hasrat untuk menyertai BN terpaksa dilupakan memandangkan parti itu telahpun menentang calon BN dalam PRU-13 lepas.

Pada PRU-13 lepas, SWP telah meletakkan calonnya di 6 kawasan Parlimen yang ditandingi PRS salah satu komponen BN Sarawak. Penentangan ini lebih bersifat dendam lama semasa Larry Sng berada dalam PRS lagi.

Menurut Larry Sng, Majlis Tertinggi telah membuat keputusan dan pendirian mengenai perkara itu namun perkara itu hanya akan diumumkan selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti pada 25 Ogos ini di Sibu.

Keputusan menyertai Pakatan Pembangkang juga dibuat bersandarkan kepada negara menuju ke arah sistem dua parti. Untuk itu, SWP perlu mempunyai perjuangan parti seperti mana parti-parti yang lain. Namun, persoalannya kini apakah Pakatan Pembangkang sudi menerima SWP memandangkan Larry Sng suatu ketika dahulu pernah menentang Pakatan Pembangkang?

Jika SWP memutuskan untuk menyertai Pakatan Pembangkang, maka SWP perlu mencari identiti dan perjuangan tersendiri jika mahu kekal relevan dalam senario politik.

Sejak ditubuhkan setahun yang lalu, SWP kini mempunyai lebih 40,000 ahli dan lapan cawangan berdaftar.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dan Ketua PKR Sarawak, Baru Bian sebelum ini turut mengatakan mereka bersedia menerima SWP dengan tangan terbuka. Bagaimanapun, itu tertakluk kepada keputusan ahli-ahli kedua-dua parti sebelum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

August 2, 2013 at 5:26 PM

Assalamualaikum,

Kami memohon jasa baik agar dapat linkkan Rakyat News di blog anda.

Sekian. Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami. Maaf Zahir dan Batin.

Rakyat News

http://www.rakyatnews.my/

Anonymous
August 2, 2013 at 8:18 PM

Dilema Presiden SWP - kekal sbg parti "lone ranger" yg BN Friendly atau menyertai Pakatan?? Pecah pala Larry.

Jika SWP memilih sbg BN friendly,SWP tetap dituduh bukan BN friendly oleh PRS kerana menentang PRS pd PRU13.Larry terpaksa menonjolkan SWP BN friendly sebab bapa mertuanya (towkay Upline Global) adalah sahabat baik Ketua Menteri Swak.Siapa tak kenal towkay tersebut yg memiliki hartatanah spt Four Seasons Hotel.Kini Larry dah tak kisah lagi.

SWP perlu lari dr tagline "BN friendly" sebab gagal menang satu kerusipun pd PRU13.SWP nak kerusi DUN utk menyambung nafas Larry n bapaknya.Kini SWP hanya ada satu ADUN George Lagong di DUN Pelagus.SWP agak kuat di DUN Pelagus.Hampir 90% komuniti Cina (Kapit) memilih George Lagong mengalah wakil PRS/BN Syvester Unjah pd PRN yg lepas.Hampir 65% pengundi bumi memilih George.

Keadaan politik Pelagus berubah selepas SWP kalah di Parliman Belaga di tangan PRS/BN.Lagipun George tidak dilihat mampu menjlnkan tugas/amanah sbg ADUN.Bukan saja beliau tiada kelihatan di Kapit bahkan semua masalah DUN Pelagus hanya dipikul ahliparlimen Kapit Dtk Alexander Linggi.Rakyat dah tak rujuk kpd George.Beliau tak boleh nak buat apa2.No money no talk.

Diramalkan SWP akan menyertai Pakatan.Selain drp faktor di atas hubungan akrab Dtk Sng Chee Hua dgn Anwar Ibrahim adalah faktor positif utk SWP menyertai Pakatan.Lagipun Anwarn PKR amat memerlukan parti berasal Swak utk memperkuatkan imej Pakatan (semanjung based parties are not popular in Swak,except DAP).

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger