NAZRI AZIZ BERSIKAP BIADAP TERHADAP MENTERI DARI SARAWAK





Datuk Rohani Abdul Karim yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merendah diri ekoran kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengenai perlantikan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sebagai penasihat khas untuk membantu Rohani.

Namun, bagi rakyat Sarawak yang bertungkus lumus memenangkan BN dalam PRU-13 dengan mengekalkan kemenangan besar sekaligus sebagai fix deposit BN, sewajarnya Sarawak diberikan layanan yang ‘lebih’ berbanding negeri-negeri yang tewas dalam PRU-13.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa rakyat kini sudah matang dengan memilih pemimpin yang tidak menimbulkan kontroversi dan imej yang baik.

Tindakan kenyataan Nazri Aziz dalam sebuah portal berita bahawa Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil akan dilantik sebagai penasihat khas untuk membantu Rohani adalah sesuatu yang ‘memalukan’.

Rakyat secara terang menolak Shahrizat sebagai calon disebabkan imejnya yang tercalar akibat isu NFC. Tidak bertanding dalam PRU-13 dan mendapat cabarang dalam mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO membuktikan politik Shahrizat kini sudah sampai ke penghujungnya.

Dengan alasan yang tidak munasabah yang diberikan Nazri Aziz, “Rohani dari Sarawak. Barangkali tumpuan kerjanya tidak meliputi banyak aspek Semenanjung… kementerian itu sebelum ini diuruskan oleh pihak dari Semenanjung”.

Kenyataan itu sangat menguris hati rakyat Sarawak yang seolah-olah melabelkan rakyat Sarawak tidak layak menjawat jawatan sebagai menteri di peringkat persekutuan.

Suka juga nak mengingatkan Nazri apakah pula sumbangan Shahrizat ketika menjawat jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke atas rakyat Sarawak? Banyak peruntukan yang seharusnya disalurkan kepada rakyat Sarawak ditarik untuk diberikan kepada rakyat di Semenanjung.

Menjadi kelaziman rakyat Sarawak yang sentiasa akur dengan keputusan biarpun perkara ini benar-benar mengguris kebanyakan rakyat Sarawak.

Rohani menjelaskan, kenyataan Nazri itu merupakan pandangan peribadinya dan tidak ada apa-apa hendak dipertikaikan.

“Nazri berhak untuk memberi sebarang pandangan. Saya tidak dapat mempertikaikannya kerana beliau sudah menyebutnya,” ujarnya.

Ramai pihak melihat kenyataan Nazri Aziz itu bersifat melangkui kuasa Perdana Menteri memandangkan kenyataan itu tidak mendapat arahan Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Share this article :
 

+ comments + 6 comments

August 24, 2013 at 10:33 AM

"Barangkali tumpuan kerjanya tidak meliputi banyak aspek Semenanjung.."

Kenyataan Nazri memperkecilkan keupayaan Menteri dr Sarawak.Mentali beginilah membentuk pandangan sebahagian para menteri berasal Semenanjung ke atas menteri2 Sabah dan Sarawak.

Nazri sendiri pun jarang ke Malaysia Timur.Sejak PRU13 beliau belum pun melawat Swak n Sabah.Cuba tanya Nazri apa agenda beliau utk memajukan pelacongan Swak n Sabah?Entah2 tiada dlm perancangan beliau.

Memang patut pun Datuk Rohani atau mana2 menteri berasal Sabah n Sarawak memberi perhatian lebih kpd Swak n Sabah.Kerana selama ini menteri2 berasal Semenanjung jarang melawat Swak n Sabah.

Memang tepat perlantkan semula Datuk Shafie Afdal sbg menteri luar bandar,dan dibantu Datuk Alexander Linggi dr Swak.Sejak kementerian tersebut dipimpin menteri dr Sabah/Swak banyak pembangunan luar bandar telah dibuat dan dirancang.

Anonymous
August 24, 2013 at 10:35 AM

Kami dari Semenanjung pun tidak suka Nazri Aziz mulut celupar ni,dia banyak dikritik akhir-akhir ini dan kami pun hairan mengapa dia masih berada dalam kebenit.Beliau sekarang memang menghadapi masaloah imeg,sehingga takut utk bertanding dalam pemilihan Umno.Diharap selepas pemilihan nanti,beliau di gugurkan dari kabenit.Kami juga bersikap terbuka menerima siapa saja sama ada dari Serawak mahu pun Sabah utk menjaga mana-mana kementerian,asalkan selruh rakyat di beri perhatian tak kira dari Semenanjung mahu pun Serawak atau Sabah.Kami org Melayu Semenanjugn sangat menghargai kejaraan orang Serawak dalam mengekalkan pemerentahan BN.

Anonymous
August 24, 2013 at 10:39 AM

Kami org Semenanjug pun sokong rakyat Serawak dan Sabah di beri perhatian yg lebih,memandangkan mereka masih memerlukannya.Rakyat Semenanjung sepatutnya sudah boleh berdikari tanpa banyak bantuan kerajaan.

August 24, 2013 at 1:05 PM

Menteri Pelancongan baru ni.... rasanye banyak cakap dari kerja. Cakap berbalik-balik... begitulah kalo dah terlampau banyak bercakap, mungkin tersasul atau terlepas cakap disebabkan cuba untuk menegakkan benang yang basah.

Enough is enough. Saya rasa salah seorang yang sepatutnya ditiadakan selepas PRU 13 dalam kerajaan ialah manusia ini. Tetapi lihatlah...PM tidak membuangnya terus tetapi meletakkannya di satu kementerian yang saya rasa orang ini paham bahawa dia diturunkan pangkat. Tetapi kerana keangkuhannya... dia merasakan kementerian itu DIA PUNYA.

Entahlah... mengapakah PM masih menyimpan manusia ini dalam kerajaan. Kenyataan-kenyataan beliau semasa menerajui kementerian sebelum PRU13 juga sering menimbulkan isu dan menyentuh sensitiviti orang lain...

Anonymous
August 24, 2013 at 2:38 PM

Ini menteri (Nazri Aziz) menjadi lialibiti kepada BN disebabkan tingkahlaku dirinya dan anaknya yang langsung tidak mencerminkan budaya BN sebenarnya.

Orang sebegini wajar di'ajar' dengan tidak mencalonkan semula dalam pilihan raya mahupun dilantik menjawat jawatan menteri dalam kerajaan.

Terbaru, kes anaknya yang dikatakan 'layak' menjawat jawatan Pegawai Khas Kementerian Pelancongan meskipun dikecam rakyat hanya membuatkan menteri itu semakin ego hingga membuatkan PM Najib Razak 'membela'nya.

Kenyataan terbaru Nazri Aziz ke atas menteri dari Sarawak dalam memegang portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan menidakkan kemahiran dan kepandaian Datuk Rohani Karim dilihat suatu penghinaan ke atas rakyat Sarawak.

Orang sebeginilah yang menjadi perosak kepada imej BN yang kini semakin pulih atas personaliti Najib Razak.

Setelah lebih 100 hari memerintah dan menjawat Menteri Pelancongan, apakah pula cadangan dan perancangan kementerian itu terhadap negeri Sabah dan Sarawak? Biarpun Tahun Melawat Malaysia yang bermula tahun 2014, hanya Kementerian dan Jabatan/Agensi Negeri sahaja yang bertungkus lumus merangka strategi menarik pelancong.

Sebaliknya, Nazri Aziz hanya memikirkan bagaimana hendak menimbulkan isu lebih-lebih lagi sekarang ini masa terbaik untuk menonjolkan dalam pemilihan UMNO yang dijadualkan Oktober ini.

Apa pun sudah tiba masanya rakyat menolak pemimpin yang hanya mementingkan nama dan kepentingan politik semata-mata.

June 27, 2016 at 11:18 AM

Memekak jer nazri ni... Dah la kurang ajor! Berlagak nk mampos..! semua org dia kata bodoh.Cincang bagi makan anjing lagi baguss...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger