NAJIB RAZAK: PM HARAP RAKYAT SENTIASA MEMELIHARA KEHARMONIAN KAUM




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap agar rakyat sentiasa memelihara suasana keharmonian seperti yang wujud pada sambutan perayaan seperti Aidilfitri.

Katanya dengan mengekalkan semangat ini, ia dapat memperteguhkan lagi permuafakatan antara kaum di negara ini.

"Diharap suasana seperti ini akan terus dikekalkan setiap hari, hidup dalam keadaan aman dan kekalkan semangat untuk kerjasama serta kukuhkan permuafakatan nasional sesama kita," katanya ketika berucap di Pentas Rakyat Seri Perdana selepas acara memotong kek Aidilfitri pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilftri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana.

Najib turut melahirkan rasa gembira dengan kehadiran ramai orang pada majlis rumah terbuka itu bagi memeriahkan sambutan. "Terima kasih kepada anda semua kerana susah payah hadir ke rumah terbuka pada tahun ni, sambutan ini sangat meriah. Sebagai tuan rumah, saya juga berpeluang bersalaman dengan anda semua...kalau yang tak berpeluang (bersalam), anggaplah kita sudah salam dengan kehadiran anda di sini pada hari ini," katanya.

Terdahulu, Najib memotong kek Aidilfitri seberat 100 kilogram sumbangan Kuzi Catering dengan ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Perdana Menteri bersama-sama orang ramai kemudiannya menyanyikan lagu 'Selamat Hari Raya' yang dipopularkan biduanita negara Saloma.

Walaupun suasana panas terik namun orang ramai termasuk pelancong asing tidak putus-putus mengunjungi majlis rumah terbuka itu yang diadakan dari 10.30 pagi hingga 4.00 petang.

Ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia tidak pernah bencikan Kerajaan di bawah kepimpinan Najib Razak sebaliknya ada pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan melontarkan pelbagai tohmahan kepada kerajaan dengan mengambil kesempatan.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 9, 2013 at 7:34 AM

Melayu saja ke yg nak kena jaga keharmonian kaum? Even kalau dihina oleh bangsa lain pun kena senyap sebab nak jaga hati bangsa tu? PM tak baca ke luahan hati ramai org melayu sekarang dgn sikap melampau sesetengah kaum yg dgn terang dan jelas menghina agama Islam dan bangsa melayu tapi apa tindakan kerajaan? Senyap seribu bahasa. Melayu akan jadi sebuah lagi Palestine kalu begini caranya. Ahli politik dan menteri melayu tak pernah rasa susah rakyat marhaen so apa dia org nak kisah.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger