#Merdeka56 LAGU NEGARAKU DIMAINKAN DI PAWAGAM




Idea menyanyikan lagu Negaraku di pawagam di seluruh negara bersempena dengan Hari Kebangsaan seperti yang dicadangkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek adalah sesuatu cadangan yang baik.

Idea ini telahpun dipraktikan oleh rakyat Thailand ketika sebelum filem ditayangkan dan tidak menjadi masalah kepada mereka. Bahkan mereka bersemangat menyanyikan lagu kebangsaan mereka seperti mana mereka menjuarai sesuatu acara sukan.

Idea sebegini wajar dipraktikan rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum tanpa mengira idealogi politik. Sebagai rakyat warganegara Malaysia dan tinggal dan bercakap dalam satu bahasa, adalah wajar setiap rakyat Malaysia bersemangat menyayikan lagu Negaraku seperti yang selalu ditunjukkan pelajar-pelajar sekolah.

Kesungguhan ini jelas apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia telah mempraktikan menyanyikan lagu Negaraku sebelum upacara sepak mula dalam perlawanan bola sepak Liga Malaysia. Perbuatan ini telah mendapat kerjasama yang baik darpada rakyat Malaysia dan sewajarnya idea menyanyikan lagu Negaraku di dalam pawagam juga mendapat sambutan daripada pengusaha dan rakyat Malaysia.

Bukannya perlu bayaran untuk menyanyikan lagu Negaraku bahkan mempunyai ‘nilai’ yang sangat berharga apabila kita bersama menyanyikan lagu Negaraku sebagai rakyat yang cintakan negaranya.

Lihat sahaja bagaimana rakyat Indonesia yang tinggal dan bekerja di Malaysia apabila menyaksikan pasukan bola sepak mereka bermain di Malaysia juga sambutan Hari Kebangsaan di Malaysia, rakyat berpusu-pusu ke stadium dan bersemangat menyanyikan lagu kebangsaan mereka.

Menjadi harapan agar naynyian lagu Negaraku ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan bukannya hanya dimainkan ketika waktu negara menyambut hari kebangsaan sahaja. Wajarlah ia dijadikan acara wajib yang berterusan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger