#merdeka56 #im56 #fh14 VIDEO TAYANGAN MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU DI PAWAGAM




Bermula 28 Ogos, Rabu, lebih 720 pawagam di seluruh negara akan menayangkan video Tayangan Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku sebelum filem ditayangkan kepada umum.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengesahkan perkara ini dan berterima kasih kepada pawagam yang terlibat.

Pada kali ini, tema Hari Kebangsaan Ke-56 Tahun ini mengambil berat tentang soal keselamatan dengan mengambil contoh kejadian Lahad Datu di Sabah dan pejuang-pejuang kemerdekaan khususnya datuk, nenek dan moyang kita.


Kepada rakyat Malaysia juga apa salahnya kita sama-sama kibarkan Jalur Gemilang bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang hanya disambut setahun sekali.

Jika bukan kita siapa lagi yang akan mempertahankan negara kita daripada terus diejek dan dipandang rendah oleh negara lain.

Kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini bukanlah boleh dijual beli. Kita sebagai warganegara harus mempertahankannya daripada terus dijajah termasuklah jajahan minda.
 

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 27, 2013 at 1:41 PM

Marilah kita sama-sama hayati video Lagu Hari Kebangsaan Ke-56 Tahun.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger