#merdeka56 #im56 #fh14 RAKYAT MALAYSIA MASIH KURANG KIBARKAN JALUR GEMILANG



 
Kerajaan baru sahaja bercadang mewujudkan undang-undang khas bagi mewajibkan setiap premis sama ada milik kerajaan atau swasta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan bulan kemerdekaan.

Namun, sudah ada suara-suara ‘sumbang’ yang mengritik cadangan kerajaan dengan pelbagai alasan dan musabab yang tidak berasas. Kritikan itu menggambarkan ‘pengkritik’ itu tidak mempunyai semangat cintakan negara.

Bagi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menegaskan, pendirian tersebut diambil memandangkan masih banyak premis dan bangunan terutama milik swasta belum mengibarkan bendera walaupun sambutan hari kemerdekaan negara semakin hampir.

Berbeza dengan ketika pilihan raya di mana setiap bangunan kedai dan premis swasta mengibarkan bendera parti masing-masing. Jika ini boleh dilakukan, kenapa usaha mengibarkan Jalur Gemilang sukar untuk dilaksanakan?

Mengambil contoh negara jiran yang mana syarikat-syarikat swasta turut serta mengibarkan bendera sepanjang bulan kemerdekaan termasuk syarikat milik antarabangsa.

Ketika ini Malaysia mengamalkan mengibarkan Jalur Gemilang secara sukarela. Namun begitu, kerajaan bersedia mengkaji untuk mewajibkan setiap premis bukan sahaja bangunan tetapi melibatkan kediaman mengibarkan bendera sepanjang bulan kemerdekaan.

Sehingga ke hari ini (Isnin) masih ramai di kalangan rakyat Malaysia masih belum mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

August 26, 2013 at 10:09 AM

selagi tak dapat percuma dia org takan kibarkan punya... Cuba kerajaan bagi percuma seperti ketika pilihanraya, banyak lah bendera kita di kibarkan.Selagi pemikiran begini ada didalam setiap hati penduduk negara, apa-apa pun usaha kerajaan sia sia sahaja.

Anonymous
August 26, 2013 at 12:05 PM

Sokong sgt2 ! kerana rakyat Malaysia suka di paksa ! Praktik lah seperti Negara jiran.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger