MASIR KUJAT: GURU YANG MENYOKONG PEMBANGKANG HARUS BERTAUBAT




Ahli Parlimen Sri Aman, YB Masir Kujat mendedahkan ada segelintir guru yang mengajar dan menetap di Bahagian Sri Aman secara terang-terangan berkempen untuk parti Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 lepas.

Atas dasar prihatin, beliau hanya merujuk nama beberapa orang guru kepada Pejabat Pelajaran di kawasan Sri Aman sahaja dan tidak membawa kes tersebut kepada Kementerian Pelajaran bagi tindakan lanjut.

Jelas Masir lagi memang setiap rakyat bebas menyokong mana-mana parti yang mereka sokong. Tetapi, para guru yang berkhidmat dengan kerajaan BN seharusnya menyokong komponen BN.

“Mereka boleh dikenakan tindakan berat jika dirujuk kepada pihak kementerian.

Namun, atas dasar keprihatinan terhadap mereka yang terlibat (guru) Ahli Parlimen Sri Aman itu tidak akan berbuat demikian.

Masir juga mahu para guru seharusnya memfokuskan kepada tugasan dan amanah diberikan kepada mereka dalam mendidik anak bangsa dan bukannya sibuk berpolitik.

Share this article :
 

+ comments + 5 comments

August 29, 2013 at 2:11 PM

Ni dosa kompem masuk neraka ni. Baik taubat cepat2.

Anonymous
August 29, 2013 at 3:00 PM

bertaubat sbb sokong pembangkang? Apakah kebangangan ini? Hahahahahahahahahaaha

Anonymous
August 30, 2013 at 8:10 AM

It's supposed to be a democracy. Teachers, just like anyone else, have the right to choose who they want to vote for. Nobody has the right to take any "tindakan berat" against them. They're not committing any crime by voting for who they want.

Anonymous
August 30, 2013 at 12:14 PM

kalu camni dimana prginya sistem demokrasi wahai YB bodoh? cikgu/kakitangan awam berkerja utk kerajaan malaysia bukan utk BN, faham! diorang bebas nak undi sesiapapun yg mereka fikir layak...jangan jd YB la kalu kepala hotak letak kat bontot

August 30, 2013 at 9:32 PM

Tukar jer sistem kat malaysia jd komunis...senang...tak yah undi lg...yg ada cuma bn 4ever...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger