LEE KUAN YEW MENGAKUI PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK MAMPU TADBIR MALAYSIA




Pengerusi DAP, Karpal Singh membidas rakan sekaribnya di Singapura yang juga bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew yang membuat kenyataan bahawa Pakatan Pembangkang tidak mampu mentadbir Malaysia.

Susulan dengan kenyataan Lee Kuan Yew itu, Karpal Singh meminta bekas Perdana Menteri Singapura itu menguruskan isu dalaman parti sendiri sebelum mengulas hal ehwal orang lain.

Menurut Karpal, kenyataan Lee Kuan Yew itu bahawa pakatan tidak akan dapat mentadbir negara ini dengan berkesan jika menguasai kerajaan persekutuan adalah tidak berasas.

Berikutan itu, Karpal Singh meminta Lee Kuan Yew menguruskan partinya iaitu People's Action Party (PAP) yang hilang enam kerusi pada pilihan raya umum lepas, selain kalah dalam dua pilihan raya kecil baru-baru ini. Sebaliknya, DAP sebagai parti pembangkang yang paling berjaya berbanding PKR dan PAS di Malaysia.

Dengan kenyataan itu, Karpal Singh meminta Lee Kuan Yew menikmati hari-hari tuanya dan jangan mencampuri urusan politik negara lain.

Lee Kuan Yew menerusi buku bertajuk 'One's Man View of The World' yang dilancarkan minggu lepas, antara lain berkata Pakatan Pembangkang tidak akan mampu mentadbir Malaysia.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger