LAPORAN POLIS KHAIRY HANYA SIA-SIA CHONG CHIENG JEN TETAP DENGAN PENDIRIANNYA




Angkuh dan sombong. Itulah yang boleh digambarkan terhadap Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang tetap dengan pendiriannya bahawa bahawa kerajaan BN sengaja membiarkan kadar jenayah di negara ini meningkat dengan niat untuk melaksanakan undang-undang pencegahan.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Fauzi Sharif telah membuat laporan polis bagi mengutuk kenyataan Chong Chieng Jen yang bersifat memfitnah.

“Saya tetap dengan kenyataan saya. Kami selama ini sentiasa tetap dengan apa yang telah kami nyatakan,” kata Ahli Parlimen Bandar Kuching itu.

Selepas mengetahui kenyataannya telah membuatkan laporan polis, Chong dengan angkuh berkata mereka (pemimpin BN) seharusnya memikirkan bagaimana membendung pening-katan kadar jenayah bukannya mengambil tindakan ke atas saya. BN ialah kerajaan. Polis di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan mereka melakukan tugas dengan teruk serta dahsyat. Tiada alasan mereka tidak boleh mengekalkan keamanan negara.

Begitupun Chong dengan tegas mengatakan kenyataannya itu menggunakan perkataan ‘mengesyaki’… kerajaan BN nampaknya menggunakan situasi sekarang untuk memperkenalkan semula EO (Ordinan Darurat).

Sebagai seorang peguam, Chong seharusnya mengetahui bahawa membuat sesuatu kenyataan seperti itu tanpa bukti kukuh adalah suatu kesalahan.

Isnin lepas Chong pada satu sidang media berkata, “akhir-akhir ini pihak tertentu dalam BN termasuk Zahid (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) menggunakan peningkatan kadar jenayah dan insiden tembak sebagai alasan untuk memperkenalkan semula undang-undang pencegahan seperti EO.

“Kita mengesyaki kadar jenayah dengan sengaja dibiarkan meningkat dan polis bersikap mengambil mudah mengenai perkara ini hanya membolehkan Zahid memperkenalkan semula undang-undang seperti EO yang akan memberi Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri kuasa penuh untuk menghalang pembangkang bersuara dan menekan pembangkang.”

Kenyataan Chong itu bagaimanapun dikecam beberapa pemimpin BN termasuk Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
August 16, 2013 at 8:44 AM

BRING BACK ISA.
GOVT HAS THE POWER.
DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA DAN RAKYAT.
HELL TO DAP.
KETENTEAMAN DI UTAMAKANNNNN......COMEON NAJIB.

Anonymous
August 16, 2013 at 11:28 AM

read this info to

My update: Pembaca di paksa suka (like) sebelum boleh baca kandungan blog.

Anonymous
August 16, 2013 at 12:12 PM

Paksa? Blog ini sesiapa pun boleh baca.. tiada sebarang halangan

Tak nampak pun suruh like?.. blog ini bukan facebook

August 22, 2013 at 8:38 PM

Chong cuma memanjangkan suara DAP di Semenanjung.Beliau hanya pak turut.Beliau mengalih pandangan ahli2 Dap drp masalah CEC yg tak sah.Tapi kali ini Chong bermain dgn pihak polis dan Kem Keselamatan.

Tidak logik kerajaan sengaja membiarkan jenayah berat berlaku di negara kita.Negri2 yg panas dgn kes2 tembak balas dendam termasuklah P.Pinang dan Selangor.Perak turut sama.DAplah mendesak kerajaan membatalkan ISA n OE.Akibat pembatalan akta2 tersebut kegiatan kongsi gelap menjadi2 di negeri2 tersebut.Sekarng Dap n Chong menyalahkan kerajaan pula.

Lebih baik Chong tumpukan kpd memberi khidmat kpd pengundi2 bandar Kuching.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger