LAGAK LATHEEFA KOYA SEPERTI SEORANG ‘USTAZAH’


Latheefa Koya dan PKR mengambil kesempatan di atas ‘kebiadapan’ jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof yang kini menjadi kecaman rakyat Malaysia. Ini semua gara-gara video klip Maznah bersama anjing-anjing mengucapkan Selamat Hari Raya.

Dalam Islam memegang anjing adalah haram dan kelakuan Maznah itu dilihat sebagai sengaja. Apakah sebenar motif Maznah yang terlibat dalam video bersama anjing itu? Dia bukannya kanak-kanak, tetapi seorang wanita yang sudah akil baligh dan berumur 38 tahun.

Apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari mengkritik Maznah sebagai "lemah akhlak" dan "memerlukan pemulihan”, peguamnya Latheefa Koya mula terasa.

Latheefa Koya berkata, kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, bersifat prejudis kepada hak-hak undang-undang Maznah sebagai individu yang disiasat.

Bagaimanapun setelah diselidik, Jailani dipetik sebagai berkata bahawa Maznah memerlukan pemulihan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana lemah akhlaknya.

Maznah, juga dikenali sebagai Chetz telah ditahan pada Rabu lalu dan dibawa ke Segamat sebelum dibebaskan dengan bon mahkamah pada Jumaat.

Selain Latheefa, seorang lagi peguam dari PKR, N. Surendran turut membela Maznah.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger