KETIADAAN IKLAN/UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI NAJIB RAZAK JADI PERSOALAN BLOGGER UMB UMNO




Sejak beberapa hari lalu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri 1434H, ramai di kalangan blogger UMB UMNO melatah apabila sehingga 1 Syawal tiada iklan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Dengan mengambil contoh iklan Selamat Tahun Baru Cina yang diadakan awal tahun ini beserta Najib Razak memukul gendang Cina sebagai tanda simbolik, blogger UMB UMNO mempersoalkan iklan raya Najib Razak.

Menurut blogger UMB UMNO yang dikenali Pecah Palak Mikir (PPM), ketiadaan iklan Hari Raya Aidilfitri disifatkan sesuatu yang serius. Ini kerana iklan Tahun Baru Cina yang dihasilkan Najib Razak dahulu sebagai tujuan menarik hati pengundi Cina, namun hasilnya mengecewakan.


Keputusan PRU-13 yang menyaksikan tsunami pengundi Cina dan kuasa Melayu telah memenangkan BN. 

Seolah-olah hebatnya kuasa blogger UMB UMNO maka PPM mengeluarkan kenyataan sedemikian “Suka PPM ingatkan sesuatu yang remeh bakal menjadi satu isu yang besar dan terbukti sebelum pasca PRU12 dan PRU13. Tetapi adakah mana-mana penasihat terhebat PM ambil peduli soal ini?” PPM mempersoalkan penasihat-penasihat PM akan iklan Hari Raya Aidilfitri?

Dengan artikel ini nampaknya blogger UMB UMNO PPM itu menyifatkan iklan Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Hari Raya Aidilfitri ialah bersifat perkauman. Sedangkan sambutan Selamat Hari Raya Aidilfitri ialah bersifat universal kerana semua bangsa meraikannya dan dirayakan mereka yang beragama Islam.

Pada hari ini, Jumaat, 9 Ogos 2013, blogger MyMassa telah menerbitkan artikel bertajuk “Iklan Raya YAB PM : Siapa Kata DS Najib Takde Iklan Raya. @najibrazak @tunfaisal @riorashid @dinturtle” yang ditujukan khas kepada bloggers UMB UMNO.

Menurut MyMassa, ramai di kalangan blogger membangkitkan persoalan kenapa Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak buat iklan Hari Raya seperti yang beliau lakukan semasa Tahun Baru Cina? Jawapan MyMassa, iklan/ucapan Hari Raya Aidilfitri Najib Razak terbit agak lewat.

Hanya dengan ketiadaan iklan/ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri maka blogger2 UMB UMNO telah mempersoalkan tahap intelektual penasihat-penasihat Perdana Menteri? Seperti yang diketahui umum, Perdana Menteri setiap tahun membuat iklan/ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri termasuklah Perdana Menteri terdahulu.

Kali ini, iklan/ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri lebih menunjukkan sifat sebenar beliau iaitu seorang pemimpin yang bersederhana dan Perdana Menteri untuk semua. 


Untuk makluman bloggers semua, iklan/ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri turut disiarkan di televisyen kerajaan dan swasta.

Jangan lupa tolong like video iklan/ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua daripada Najib Razak dan isteri.



Kepada blogger-blogger UMB UMNO khususnya PPM yang sebelum ini ada bertanyakan pasal iklan Hari Raya YAB PM, mohon tonton video di atas dan disebarkan kepada rakan-rakan yang lain.

Renung-renungkan dan selamat berfikir...
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger