KERAJAAN PUTUSKAN FILEM THE NEW VILLAGE TIDAK AKAN DITAYANGKAN






Kerajaan mengambil keputusan untuk tidak membenarkan filem The New Village yang kandungannya mengagungkan perjuangan komunis di Malaysia. Ini sangat bertentangan dengan kepercayaan Islam yang menolak perjuangan komunis dan perlembagaan Malaysia yang diasaskan secara demokrasi.

Larangan tayangan filem itu bukan setakat di panggung wayang malah meliputi semua bentuk media termasuk laman blog dan YouTube. Jika ditayangkan dikhuatiri akan menyebabkan pemikiran rakyat terpesong dengan idealogi komunis dan sekalgus membawa kepada perpecahan masyarakat.

Dengan keputusan itu, kerajaan tidak mahu memberikan isyarat yang salah kepada generasi baru negara seolah-olah perjuangan komunis diberikan penghargaan di Malaysia.

Untuk mempertahankan kedaulatan negara, kerajaan aka meminta setiap pemimpinnya berterus-terang kepada rakyat untuk memastikan apa jua bentuk pendewaan terhadap komunisme tidak akan dilaksanakan.

Sepatutnya, filem atau apa jua bentuk penghargaan terhadap pengganas komunis tidak boleh diberikan tempat di Malaysia kerana kumpulan itu telah mengisytiharkan perang terhadap negara sehingga menyebabkan darurat dari 1948 hingga 1960.

Dalam pertempuran sepanjang tempoh darurat dan selepas itu, ramai anggota pasukan keselamatan negara terkorban dan mengalami kecacatan kekal sehingga hari ini.

Persoalannya, kenapa ada di kalangan rakyat Malaysia pada hari ini sanggup membuat filem yang bertunjangkan komunis? Walaupun, ia bahan sejarah namun sejarah tidak pernah mengagungkan komunis seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Malah, rakyat Malaysia sendiri selepas penjajahan British ke Malaysia menentang perjuangan komunis walaupun pada asalnya mereka berjuang membebaskan negara daripada ancaman Jepun dan British.

Perjuangan pejuang negara dahulu dalam menentang komunis sehingga ada di kalangan mereka yang kehilangan kaki, tangan dan buta kerana jerangkap samar dan banyak keluarga kehilangan bapa, abang dan adik mereka hasil daripada pengisytiharan perang yang dilakukan oleh komunis terhadap kita. Kehilangan dan kecacatan ini tidak boleh dikembalikan.

Yang lebih jelas fahaman komunis yang tidak bertuhan tidak konsisten dengan prinsip pertama Rukun Negara iaitu kepercayaan kepada tuhan.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
August 4, 2013 at 6:52 AM

Lebik baik tayang filem TANDA PUTRA drp filem The New Village. Malaysia menolak komunisme.

Anonymous
August 4, 2013 at 7:41 AM

Tahniah pemimpin pemimpin kerajaan sekarang ini. Itu dia cara bijaksana untuk bertindak. Ini bukan rasis atau melebihkan sesuatu kaum tapi berdasarkan hakikat!. Apa apa juga yang melanggar sensitivity agama, bangsa Malaysia, kebudayaan perlembagaan dan keselamatan Negara perlu ditentang!

Jangan ambil kira tuntutan tuntutan kepentingan perkauaman yang melampau mana mana kaum. Telah terbukti ada kaum di Malaysia ini tamak, mementingkan kaumnya sahaja dan bila memilih kerajaan cuba mempromosikan kaumnya sebagai pemerintah!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger