KERAJAAN PRIHATIN DAP PULAU PINANG NAIKKAN 100% SURCAJ AIR




Bermula 1 September (Ahad) ini, harga surcaj pemuliharaan air (WCS) bagi pengunaan domestik akan dinaikan sebanyak 100% di Pulau Pinang seperti yang diumumkan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Berasaskan kepada alasan menggalakkan rakyat Pulau Pinang menjadi pengguna air yang lebih baik, kenaikan daripada 24 sen kepada 48 sen bagi setiap 1,000 liter air demikian menurut Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (BPAPP), Ir. Jaseni Maidinsa.

Rakyat Pulau Pinang meggunakan air domestik terlalu tinggi dan BPAPP tiada pilihan kecuali menaikan kadar WCS bagi menggalakkan pemuliharaan atau penjimatan air.

Katanya, penggunaan air domestik per kapita di Pulau Pinang telah mencapai tahap tertinggi iaitu 302 liter per kapita sehari sehingga 30 Jun lalu berbanding 294 liter per kapita tahun lalu.

"Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2010 juga mengesyorkan pengunaan air adalah sebanyak 50 hingga 100 liter per kapita manakala penggunaan air per kapita di Singapura bagi tahun lalu adalah sebanyak 152 liter.

Malah rakyat Pulau Pinang dikatakan pengguna air paling tinggi dan membazir. Justeru, PBAPP tidak lagi mampu memberi subsidi sebanyak RM65.4 juta setahun untuk bekalan air kepada pengguna domestik dan unjuran perbelanjaan modal bagi projek bekalan air di negeri ini adalah sebanyak RM99.9 juta.

Inilah Kerajaan Prihatin pilihan rakyat Pulau Pinang dalam PRU-13 lepas. Jadi terpulanglah kepada rakyat Pulau Pinang untuk menilaika kerajaan pimpinan Lim Guan Eng.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger