KENYATAAN BIADAP NGEH KOO HAM BERBAUR HASUTAN




“Courts the place to hear election grievances, if they refuse to hear they are sending a message to aggrieved parties to go to the streets.” (Mahkamah tempat mendengar aduan pilihan raya, jika mereka enggan mendengar, mereka menghantar isyarat kepada pihak pengadu supaya turun ke jalan raya)

Itulah antara kenyataan yang ditweet Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dalam laman twitternya.

Kenyataan sebegini boleh dikategorikan sebagai mempunyai unsur fitnah dengan pelaku mendakwa keputusan mahkmah tidak memihak kepadanya dan mengajak rakyat melakukan rusuhan di jalan raya.

Kenyataan itu juga sungguh tidak bertanggungjawab dengan menidakkan proses undang-undang yang dikendalikan mahkamah. Hanya disebabkan petisyen pilihan raya yang dikemukakan DAP ditolak mahkamah maka Ngeh koo Ham mengajak rakyat turun ke jalan raya sebagai tanda protes.

Malah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendakwa kenyataan Pengerusi DAP Perak itu berhubung petisyen pilihan raya yang ditolak mahkamah adalah berbaur hasutan.  
  
"Penghakiman yang dibuat bukan hanya melibatkan mereka (pembangkang) sahaja. Ada (petisyen) bagi kawasan-kawasan yang melibatkan Barisan Nasional juga ditolak.
  
Katanya, kenyataan itu juga boleh mengganggu gugat keamanan negara.

"Saya menganggap kenyataan seperti ini adalah kenyataan yang cukup seditious (menghasut). Ia kenyataan amat berbahaya," katanya.
  
"Saya tidak mahu melihat perkara ini sebagai permainan berterusan untuk mewujudkan suasana yang tidak stabil di negeri ini," katanya.
  
Mahkamah Pilihan Raya sebelum ini menolak beberapa petisyen pilihan raya yang difailkan oleh pembangkang di negeri ini antaranya yang melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manong, Pasir Panjang, Manjoi, Lubuk Merbau, Rungkup dan Selama berikutan pihak pempetisyen gagal mematuhi Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Justeru, mana-mana pihak yang terlibat segera mengambil tindakan susulan ke atas Koo Ham yang kini semakin biadap. Ini bukan kali pertama bahkan sudah banyak kali, tetapi Pengerusi DAP Perak itu sering sahaja terlepas.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger