KENYATAAN AKHBAR NAJIB NAFIKAN DAKWAAN ANWAR IBRAHIM




* Kebelakangan ini beberapa portal berita online telah menyiarkan laporan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak sedang berusaha mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

* Laporan portal berita tersebut yang memetik sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan kem "Datuk Seri Mohd. Najib adalah merupakan daya imaginasi" penulis tersebut kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

* Perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepemimpinan pakatan pembangkang sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 dan mempertikai keputusan tersebut.

* Laporan yang memetik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd. Najib ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu kenyataan politik yang berniat nakal".

* Usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU-13 bagi mendapat persetujuan Datuk Seri Mohd. Najib dan Datuk Seri Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihan raya merupakan satu-satunya perjanjian politik yang ada.

* Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU-13 bagi mendapatkan perjanjian politik tersebut dari Datuk Seri Mohd. Najib agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui oleh Perdana Menteri. Namun, Datuk Seri Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU-13.

* Oleh itu, kenyataan Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha baru ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu “ciptaan dan rekaan" bagi kepentingan politik pembangkang khususnya ketuanya.

Pejabat Perdana Menteri

16 Ogos 2013
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger