KEMELUT DALAMAN BERPANJANGAN DAN BN SEMEMANGNYA PILIHAN RAKYAT SARAWAK




Sama ada ia merangkumi suara keseluruhan Pakatan Pembangkang (PKR+DAP+PAS) atau hanya PKR Sarawak sahaja, ia tetap sama iaitu Sarawak tetap milik BN.

Kenyataan ini diakui sendiri Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dalam kenyataannya dengan wartawan tempatan.

Bukan mudah untuk Pakatan Pembangkang menawan Sarawak adalah kata-kata yang diungkapkan Baru Bian yang mewakili Pakatan Pembangkang Sarawak.

Untuk terus tidak dibayangi kekalahan berpanjangan, Pakatan Pembangkang harus bekerja keras dengan masalah dalaman parti menjadi duri dalam daging. Masalah pembahagian kerusi dan calon yang tangkap muat menjadi masalah utama ketiga-tiga parti politik dalam Pakatan Pembangkang.

Apa sahaja cara sekalipun amat sukar Pakatan Pembangkang mengubah minda masyarakat luar bandar yang sememangnya sejak merdeka lagi menyokong kuat BN. Malah, boleh dikatakan kebanyakan penduduk luar bandar khususnya dari turun temurun menyokong penuh BN yang telah mengubah nasib mereka.

Menyentuh mengenai sokongan penduduk luar bandar ke atas Pakatan Pembangkang, inilah yang menjadi punca kekalahan Pakatan Pembangkang dalam setiap pilihan raya.

Berbeza dengan DAP yang banyak memfokuskan kawasan bandar dengan setiap penduduknya mempunyai pemikiran ke hadapan. Malah, politik perkauman yang dimainkan DAP telah berjaya membuatkan SUPP gigit jari.

Untuk memastikan Pakatan Pembangkang akan terus relevan di Sarawak, Baru Bian menggesa ahli-ahli Pakatan Pembangkang merekrut lebih ramai ahli dan pengundi muda di seluruh negeri ini kerana golongan inilah yang diharapkan dapat membawa perubahan dan pemikiran baharu dalam dunia politik Sarawak.

Pakatan Pembangkang juga telah mengadakan persiapan dalam menghadapi PRN Sarawak Ke-11 yang dijangka akan diadakan dalam masa dua tahun lagi.

Untuk terus tidak bermasalah dalam pembahagian kerusi, Pakatan Pembangkang akan terus mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa.

Secara asasnya matlamat Pakatan Pembangkang dalam pilihan raya ialah untuk menumbangkang BN dan bukannya untuk berbakti mahupun menjaga kebajikan rakyat.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger