JOHAN DEEJAY ERA FM: TEAM CAP AYAM BERJAYA KALAHKAN LION XI




Malam tadi #teamcapayam (Sarawak) berjaya mengalahkan Juara Liga Super Lion XI dengan jaringan 2-1 di Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching.

Biarpun dihmpit dengan pelbagai kontroversi ciptaan orang luar namun rakyat Sarawak tetap menyokong pasukan Bujang Senang. Ini dapat disaksikan dengan kehadiran lebih 25,000 penyokong pasukan Sarawak yang datang memenuhi stadium biarpun tanpa siaran langsung.

Perlawanan yang membabitkan Juara bertemu Juara semalam selayaknya mendapat siaran langsung sama ada di RTM mahupun Astro, sebaliknya hanya layak mendapat siaran tertunda. Apakah disebabkan bermain di Borneo, maka Sarawak tidak layak untuk mendapat liputan siaran langsung?

Selepas kekalahan Sarawak kepada Perak dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia, keesokan paginya dalam celoteh pagi JOHARA di ERA FM, secara langsung Johan dan Ray telah mengeluarkan kata-kata yang cukup merendahkan pasukan bola sepak Sarawak.

Secara langsung, kedua-dua Deejay ERA FM ini juga telah merendahkan martabat bola sepak Malaysia apabila tidak semena-mena keluarnya perkataan #teamcapayam.

Disebabkan Sarawak bermain dalam Liga Perdana dan Perak bermain dalam Liga Super maka dikatakan wujud ‘taraf’ dalam pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia. Secara jelas menggambarkan pasukan yang bermain dalam Liga Perdana tidak layak untuk bermain dalam Piala Malaysia.

Menurut beberapa peminat, Ray (kiri sekali di dalam gambar) dalam acara pagi Era berkata:

“Sarawak The Invincible katenyer, telah tewas kepada Perak. Ini Piala Malaysia, bukan Liga Perdana“.

Tidak cukup dengan itu, pelawak popular yang juga Deejay ERA FM, Johan, sememangnya tidak sayang mulut.

Melabelkan Liga Perdana sebagai pasukan #teamcapayam dengan merujuk kepada pasukan Sarawak yang dikatakan tidak layak menentang pasukan Perak dari Liga Super.

“Dulu Sarawak main dengan team cap ayam boleh menang jadi champion nie baru tau” semasa rancangan yang dihoskan beliau di radio terkenal Malaysia itu.
Share this article :
 

+ comments + 14 comments

Anonymous
August 25, 2013 at 8:57 AM

Nunggu ajak nya datang Sarawak pecah bigik peler mun sik bigik pindah ke dahi jangan main uja jak

Anonymous
August 25, 2013 at 10:53 AM

Salam tuan,
Saya memang menyampah dgn johan..kononnya lawak..tapi bahasa lawaknya sebenarnya membuat orang sakit hati. Mamat ni rasanya takernah mengikuti bola sepak tanah air. Sarawak adalah pasukan yg kuat pada zaman 90an. Ngap Sayot slogannya. Bila dgr je Sarawak nak lawan team saya Johor, saya akan berdoa seri kedua duanya. Sebab masa tu Sarawak memang power.

Jado dalam isu Johan tak lawak ni, memang dia patut mintak maaf. Saya orang semenanjung. Saya pernah ke Sarawak beberapa kali. Kontroversi semacam ni lah kadang kala boleh menyebabkan perasaan terguris.

Kepada Johan, cukup la buat lawak bodo kau tu..terutama segmen mak jemah bodo kau tu. Jangan kau ingat semua suka dgn kau.

Baik kau mintak maaf..

Anonymous
August 25, 2013 at 11:40 AM

saya mengikuti ERA FM lama dah..sejak 1998 lagi.
sebelum ni hanif dan ray jadi DJ ok je.

tapi sejak Johan bergabung menjadi JOHARA, memang la lawak, tapi kebanyakkan lawak si johan tu sebenarnya buat org menyampah.

aku memang benci dgn johan lama dah..sejak dari maharaja lawak mega lagi..

ada incident yg tak patut la johan tu nak berlagak. kebetulan aku kesana nak tengok MLM tapi tah macamana johan maki hamun tukang mekap..

terkejut aku..bukan aku je..tanya org yg ada masa tu..aku percaya, ramai rakan rakan artis benci dgn johan..mcm ogy ahmad daud..

so, dalam hal ni, sememangnya johan adalah punca masalah.

Anonymous
August 25, 2013 at 12:56 PM

era fm top No.#1... korang hader?

Anonymous
August 25, 2013 at 12:59 PM

gurau2 pun jadik masalah ke? adoi la kes kecik pon nak keco2 mcm berok!

Anonymous
August 25, 2013 at 4:20 PM

Kalau nak gurau pun, pakai la otak n fkr isu tue sensitif ke tak.. jgn ckp ikut sdap mulut je.. ada otak, tp x pakai..

Anonymous
August 25, 2013 at 4:23 PM

Errr... ye ke? Ahahahahahaha..

Anonymous
August 25, 2013 at 9:45 PM

kpd anon mangkuk kat atas ni gurau gurau jugak tak yah gurau sampai macam tu..kalau orang gurau pasal negeri kau,tentu ko marah jugak...ko dgn johan sama bangsat...

Naja
August 25, 2013 at 10:22 PM

Johan ingat dia tu popular sangat kh!?Popular Cap Ayam Sarama adalah hahaha..

Anonymous
August 28, 2013 at 3:12 PM

top ke smpai buat lawak bodoh,nak tengok cap ayam mengamuk kh tak sayang kepala ke?

Anonymous
August 29, 2013 at 9:51 AM

Sy hrap tohmahan itu sbg pnyuntikan smgat bg psukan Swak mekipun tohmahan itu mgguris hati. Syabas Ngap Sayot, anda telah mcipta sejarah yg myebabkan sgelintir org jeles.....Jangan memandang rendah keupayaan seseorang.

Anonymous
September 22, 2013 at 10:56 PM

fuck off JOHAN....

Anonymous
September 23, 2013 at 11:47 AM

Cap ayam belasah perak nangis besorrr....6- 1 bebbb...

October 6, 2013 at 1:42 AM

BILA BUAYA TERJAGA DARI TIDUR MAKA APA JAK NYA TELAN MUN DAH LAMAK GILAK LAPAR KEMENANGAN..NGOT SAYOT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger