ISU PTPTN ‘BERJAYA’ GLAMORKAN MENTERI PENDIDIKAN IDRIS JUSOH


Tindakan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang memberikan kenyataan bahawa sesiapa yang menjadi peminjam Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan tidak membayar hutangnya itu akan disenaraikan di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) bermula bulan Ogos ini.

Ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Pendidikan itu termasuklah Ketua Pemuda UMNO merangkap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Khairy dalam tweet terbarunya bahawa peminjam PTPTN tidak sama dengan peminjam rumah dan peminjam kereta. Lantas dengan itu, Pemuda UMNO sendiri tida bersetuju dengan cadangan Menteri Pendidikan yang disifatkan sebagai membebankan peminjam.

Sementara itu,  Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, dasar PTPTN yang liberal sudah cukup membebankan generasi muda dan jika langkah menyenaraihitam peminjamnya itu dilakukan, hanya akan memburukkan keadaan.

Justeru, Nik Nazmi menyifatkan Kerajaan gagal dalam mempertahankan pendidikan sebagai hak asasi rakyat.

Berasakan pengalaman beberapa peminjam PTPTN yang diluahkan dalam media sosial yang kini hangat diperdebatkan, rata-rata mereka kecewa terutama dengan pentadbiran PTPTN yang disifatkan mereka sebagai lembab dan mungkir janji.

Ramai peminjam PTPTN yang sebelum ini memohon peminjam mereka ditukarkan kepada sistem ujrah dengan kadar caj hanya 1%, tetapi sehingga kini tidak dilaksanakan. Lebih menyedihkan, sudah hampir setahun tetapi tiada sebarang jawapan daripada PTPTN biarpun borang sudah diisi.

Lebih memburukkan keadaan, ada peminjam yang membayar hutang secara bulanan RM100 sebulan, tetapi sedikitpun tiada kesan pengurangan pinjaman. Ini seolah-olah nilai RM100 sebulan bagi PTPTN tiada nilai,

Jika CCRIS dilaksanakan, nescaya kadar muflis di kalangan orang muda yang baharu sahaja mendapat pekerjaan dan memulakan perniagaan akan meningkat. Bukan senang untuk membersihkan nama sekiranya sudah disenaraihitamkan di dalam CCRIS.

Menerusi langkah itu, peminjam PTPTN yang ingkar akan menerima kesan dalam kemudahan institusi kewangan seperti permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, sewa beli kenderaan dan rumah.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
August 20, 2013 at 8:33 PM

Kami bukan tak nak BAYAR.Lepas keluar U Kami tak ada peluang kerja,nak bayar dengan apa.So settle dulu peluang pekerjaan untuk anak muda.Skang ni cukup buat makan pun kira ok,apatah nak bayar hutang

Anonymous
August 31, 2013 at 5:16 AM

Da ko memilih sgt.......xblh ke smentara dpt keje yg sepadan ngn SKOLAH ko 2..ko cr dl keje biase....xblh ke....fedup dgr isu xblh byr menatang ni......

Anonymous
September 10, 2013 at 4:56 PM

Biasanya org yg cakap mcm ni dia selfish dan tak fikirkan nasib org lain yg kurang bernasib baik. Renung2kan lah ye sedara. Ekonomi skrg bukan baik pun

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger