IBU BLOGGER SEKS ALVIN TAN MENGAKUI ANAKNYA MEMANG ‘GILA’




 
Di sebalik kelakuan anaknya yang terbabit secara langsung dalam bidang seks, ibu Alvin Tan secara langsung diheret sama dalam memberikan keterangan biarpun tidak terlibat secara langsung.

Secara fizikalnya, hubungan keluarga membolehkan ibunya dikehendaki memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Esok (Isnin) jam 10.00 pagi, ibu Alvin Tan akan memberikan keterangan berhubung beberapa kelakuan anaknya yang telah menyinggung perasaan jutaan rakyat Malaysia.  

Ini diakui peguam kepada Tan Chong Joo Tian yang mengesahkan SKMM menghubunginya untuk bercakap dengan ibu kepada Tan.

Puan Tan mengakui perbuatan anaknya bersama pasangannya yang dikenali sebagai Alvivi sebagai sebagai bertentangan dengan budaya kehidupan di Malaysia.

Menurut Puan Tan lagi, Malaysia sebuah negara konservatif, bukan seperti negara. Untuk itu, sebagai rakyat Alvin dan pasangannya hendaklah menghormati kehendak penduduknya yang berbilang kaum.

Selepas insiden itu, segala macam kehidupan keluarga Alvin Tan itu sentiasa terganggu. Malah, Puan Tan sedar gangguan itu adalah berpunca daripada sikap rakyat yang menyampah melihat anaknya yang telah menyinggung jutaan jiwa.

"Selain tekanan fizikal dan emosi, kami juga berdepan masalah beban kewangan yang besar seperti kebanyakan keluarga sederhana lain. Kami tidak kaya.

"Dan, kejadian ini menambahkan masalah kewangan kami," katanya.

Benar kata pepatah Melayu, disebabkan nila setitil rosak susu sebelanga. Ibu yang tidak bersalah pun diheret bersama. Sekarang siapa yang susah?
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger