HELAH DAP UNTUK ALIHKAN PERHATIAN TERHADAP PEMILIHAN SEMULA CEC DAP




 
Sebagai tujuan untuk mengalih tumpuan isu permasalahan CEC DAP, Setiausaha Pengelolanya, Anthony Loke Siew Fook meminta Perdana Menteri untuk menyatakan bantahan terhadap kekejaman kerajaan Mesir terhadap rakyatnya.

Dengan nada tegas, DAP menyatakan parti itu akan memberi sokongan kepada kerajaan dalam apa jua yang berlaku dalam mengemukakan bantahan kepada kerajaan Mesir.

"Kita desak Najib beranikan diri bawa usul di Parlimen, kita akan bersama kerajaan memberi sokongan yang berusaha untuk kutuk kerajaan Mesir.

Anthony Loke Siew Fook menggesa kerajaan mengutuk kekejaman kerajaan Mesir dibahas pada pesidangan Parlimen pada minggu depan. Perdana Menteri tidak perlu gentar kerana DAP sentiasa menyokong apa sahaja yang dibuat kerajaan asalkan dapat mengusulkan bantahan terhadap kerajaan Mesir yang kini semakin ganas.

Di sebalik itu, tegas Anthony Loke isu kekejaman di Mesir adalah lebih penting berbanding pemilihan semula CEC parti itu.

DAP melihat Perdana Menteri hanya lebih mementingkan pemilihan semula CEC berbanding mengutuk kekejaman tentera dan kerajaan Mesir.

Dengan perkembangan terbaru ini, ternyata DAP mahu mengalih tumpuan pemilihan semula CEC DAP yang kini menjadi perhatian pemerhati politik Malaysia.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger