HEBATNYA ORANG CINA SEBAGAI GENGSTER DAN KONGSI GELAP


Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Ini berasaskan kenyataan beberapa pemimpin politik yang seolah-olah melindungi gengster dan mendakwa tindakan polis itu salah.

Berdasarkan kumpulan gengster yang telah dikenalpasti, gengster orang Cina mendominasi Hong Shun Tang, 3821, Wu Se Qi, Hong Men dan Hua Ji Dang. Ini diikuti kumpulan gengster orang India yang merangkumi Geng 04, Geng 08, Geng 21 dan Geng 36. Manakala, geng 3 Calit datangnya dari orang Melayu.

Dengan OPS CANTAS yang diperkenalkan Polis telah membuatkan segala macam rahsia sedikit sebanyak terbongkar khususnya dalam pembabitan pemimpin terhadap gejala gengster ini.

Bagi memastikan OPS CANTAS ini berkesan, polis telah bertindak mendedahkan senarai nama kongsi gelap dan kumpulan gengster berkenaan kepada umum.

Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.

"Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.


"Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 29, 2013 at 12:05 PM

Kaedah buang daerah yg diamalkan pihak berkuasa menandatangani gejala jenayah berat tidak berkesan.Ianya menyusahkan rakyat.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger