GILIRAN SHAMSUL KETOT DIHADAPKAN KE MAHKAMAH




Setelah beberapa pemimpin PKR dan Pakatan Pembangkang didakwa atas kesalahan sebagai penganjur Perhimpunan Blackout 505, sekarang giliran Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin pula menerima nasib yang sama.

Persoalannya sekarang ini, kenapa terlalu ramai Ahli Parlimen @ Wakil Rakyat Pakatan Pembangkang yang didakwa di mahkamah? Gejala ini bukan sahaja menjatuhkan maruah diri yang negatif jika didapati bersalah malah mencemar nama Ahli Parlimen @ Wakil Rakyat itu sendiri.

Nampaknya Ahli Parlimen di Malaysia yang diplih rakyat itu suka mencari publisiti dengan didakwa di mahkamah atas kesalahan yang rakyat sendiri takut untuk melakukannya.

Shamsul Iskandar atau lebih dikenali sebagai Shamsul Ketot, 39, yang juga merupakan AMK Pusat bersama Timbalan, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, 36, dan Naib Ketuanya, Mohd. Nazree Mohd. Yunus, 29 telah dihadapkan ke mahkamah. Sepert biasa dan atas tunjuk ajar peguam bela, masing-masing mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Peliknya rakyat masa kini, sudahlah secara terang terlibat dalam penganjuran Perhimpunan Blackout 505 di Padang Merbok dan beberapa tempat di seluruh Malaysia, tetapi masih lagi mengaku tidak bersalah.

Apakah pula putar belit yang cuba dilakukan peguam bela PKR dan Pakatan Pembangkang kali ini untuk cuban melepaskan diri daripada dikenakan hukuman?

Mengikut pertuduhan, Shamsul bersama Khairul Anuar dan Mohd. Nazree didakwa menyertai perhimpunan yang diadakan di kawasan larangan, Masjid Ar-Rahman di Universiti Malaya antara pukul 12 tengah hari dan pukul 1.15 petang, 22 Jun lalu.

Mereka bertiga didakwa mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh dibebaskan dengan bon jaminan RM2,000 tanpa cagaran dan menetapkan 23 September depan bagi sebutan semula kes.

Mahkamah turut menetapkan 11, 12 dan 13 Disember ini sebagai tarikh perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Huda Aini manakala kesemua tertuduh diwakili peguam A. Jeyaseelen dan Yusmadi Yusoff.

Rakyat Malaysia mengharapkan agar mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam Perhimpunan Blackout 505 dikenakan hukuman tanpa mengira mereka itu Ahli Parlimen atau orang besar.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

August 7, 2013 at 9:25 AM

kalau kena, ada kerusi yg kosong ke?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger