DISEBALIK PEMBOHONGAN ANWAR IBRAHIM TERHADAP @NajibRazak DALAM KERAJAAN PERPADUAN




Kelewatan Pejabat Perdana Menteri menerusi pegawai-pegawai khas dalam menjawab tuduhan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengenai Kerajaan Perpaduan benar-benar hampir ‘membunuh’ karier Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Namun, kecekapan bloggers pro-BN yang selama ini dipandang ringan oleh kebanyakan pihak terutama pemimpin BN sendiri telah berjaya meredakan ketegangan dan kekeliruan rakyat mengenai Kerajaan Perpaduan yang dicanang Anwar Ibrahim.

Malah, tidak keterlaluan pegawai-pegawai khas Perdana Menteri bersikap lembab dan seolah-olah cuba untuk menjatuhkan Kerajaan BN dibawah pimpinan Najib Razak.

Media cetak Utusan Malaysia juga menggunakan sumber ‘bloggers pro-BN’ ini sebagai wadah untuk mendapatkan berita sahih dalam memperbetulkan isu Kerajaan Perpaduan.

Blog http://www.rbfonline.net, mendedahkan Anwar Ibrahim adalah sebenarnya yang menawarkan kerajaan perpaduan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN) kepada Najib Razak dengan tiga syarat pada bulan Ramadan lalu. Bukannya Najib Razak seperti yang didakwa portal berita online yang memetik kata-kata Anwar Ibrahim.

Tiga syarat tersebut ialah: 1. Melantik Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, 2. Melantik empat (4) Ahli Parlimen PKR sebagai menteri dan 3. Memecat Menteri Besar Selangor dengan memberikan kebebasan kepada Najib memilih siapa pengganti kekosongan itu.

Tawaran Anwar Ibrahim itu juga disampaikan sekali lagi oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang berkunjung ke Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu bersama rombongan antaranya Ade Dwi Irawan, Hamid Awaludin serta Emir Chairullah.

Rombongan itu datang menaiki pesawat peribadi Jusuf dengan nombor pendaftaran PK-JKM dan mendarat di Kuala Lumpur pada pukul 8.20 malam, tetapi semua tawaran Anwar dikemukakan Jusuf ditolak Najib.

Begitupun tawaran Anwar yang disampaikan Jusuf Kalla kepada Najib Razak ditolak dengan penuh berhemah. Selepas itu, Jusuf pu;ang ke Indonesia dengan pesawat peribadinya.

Lihat bagaimana liciknya Anwar Ibrahim yang sanggup ‘menipu’ dan ‘membohongi’ rakyat Malaysia.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 17, 2013 at 5:51 PM

kalu cerita ni betul dah lama keluar dlm muka depan Utusan...hahaha...sori la bro...Najib dh terkantoi...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger