DAUD ABDUL RAHMAN TIDAK GENTAR DAP BUKA CAWANGAN DI DUN TUPONG




Seakan-akan yakin akan mencapai kemenangan dalam PRN Sarawak ke-11, penyandangnya Datuk Daud Abdul Rahman tidak risau dengan strategi terbaru DAP membuka cawangannya di DUN Tupong.

Dengan nada penuh yakin, Daud berkata pembukaan Pusat Khidmat DAP langsung tidak memberi kesan terhadap sokongan penduduk di situ kepada BN dan PBB.

“Ia merupakan hak DAP untuk membuka cawangannya di Tupong sebagai amalan demokrasi di negara ini.

Dengan menyakini keputusan PRN Sarawak yang lalu dan ditambah dengan kemenangan bergaya dalam PRU-13, Daud cuma mengharapkan DAP akan menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. Menjadi tradisi kerusi DUN Tupong milik BN-PBB sejak dari dahulu lagi.

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, kita tidak pernah tewas kepada parti pembangkang di kawasan Melayu dan saya yakin sokongan rakyat terhadap BN dan PBB di negeri ini akan terus kekal,” tambah Daud lagi.

Semalam Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mengumumkan akan membuka Pusat Khidmat DAP di kawasan DUN Tupong sebagai usaha mereka memecah masuk ke kawasan Melayu/Bumiputera.

Jelas Chong lagi, usaha tersebut merupakan antara perancangan parti DAP untuk menawan kawasan Melayu menjelang PRN Sarawak yang akan datang. DAP berminat untuk meletakkan calonnya di kawasan DUN Tupong biarpun pembahagian sebelum ini memperutukan kerusi itu kepada PKR.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger