DAP TUBUH PARTI BARU?





Setelah diminta untuk mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC), kebanyakan pemimpin DAP mula menunjukkan rasa tidak senang. Ini kerana jika DAP berbuat demikian maka peluang pemimpin lama yang memegang jawatan dalam DAP akan tergugat memandangkan ramai di klangan ahli yang akan memilih pemimpin baharu.

Atas sebab itu, kini kepimpinan DAP DAP didakwa sedang memberi tumpuan kepada usaha untuk menubuhkan sebuah parti baharu berlandaskan prinsip kronisme bagi memperjuangkan nasib satu kaum sahaja.

Menurut Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass turut mendakwa, inisiatif itu merupakan rentetan atau jalan penyelesaian bagi pemimpin DAP daripada menjalankan semula CEC seperti yang diminta ROS.

Terdahulu, ramai ahli DAP khususnya daripada kaum India yang mengutuk pemilihan CEC yang telah diadakan pada penghujung tahun lepas sebagai tidak sah.  

Berikutan ketakutan pemimpin DAP yang melampau, mereka kini memberi tumpuan untuk membatalkan parti tersebut supaya dapat menubuhkan parti baharu yang bakal dipimpin oleh kroni mereka, sekali gus terus menguasai parti yang sepatutnya menjadi milik rakyat.

Kontroversi pemilihan CEC DAP semakin menarik selepas pendedahan Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC) tulisan Father Augustus Chen yang menyatakan secara terperinci penipuan dalam pemilihan itu sejak 47 tahun lalu.

Laporan itu pertama kali didedahkan Ketua Cawangan DAP Jalan Bagan Luar, G. Asoghan pada 20 Julai lalu yang menerimanya dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan bahasa Tamil melalui kiriman pos.

Ekoran pendedahan buku itu, bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mendakwa, Father Chen pernah menjadi rakan karib kepada Guan Eng sekali gus memperlihatkan buku tersebut mempunyai kredibiliti.

Melalui penubuhan parti baharu itu, pemimpin DAP boleh melantik anggota yang hanya benar-benar memberi sokongan kepada mereka tanpa mempersoalkan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger