DAP PERKENAL ‘PEMIMPIN’ MELAYU DI DUN TUPONG




Hanya berbekalkan pengalaman latihan industri di Pejabat DAP Sarawak, bekas pelajar UNIMAS Abdul Aziz Isa, 24, telah dilantik sebagai pembantu khas baharu kepada Ahli Parlimen Bandar Kuching dan ADUN Batu Kawah, Chong Chieng Jen.

Di sebalik maksud tersirat itu juga Chong telah melantik Abdul Aziz sebagai pengendali Pejabat Khidmat DAP DUN Tupong yang akan beroperasi awal September ini.

Seperti biasa Chong memuji sikap Abdul Aziz yang memilih DAP sebagai landasannya untuk memajukan diri dalam politik. Ujar Chong lagi, ia merupakan satu lagi contoh generasi muda boleh berfikir secara matang dan memilih politik yang lebih baik.
Berbekalkan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kajian Politik dan Pemerintahan), Abdul Aziz memberitahu minatnya terhadap politik mula dirasai ketika di sekolah menengah lagi rentetan minat mendalam terhadap mata pelajaran Sejarah.

“Di sekolah cikgu sering bercakap mengenai parti DAP dan daripada penjelasan mereka, DAP sering dikaitkan dengan komunis, bermula dari situ saya menyimpan tekad untuk mengetahui lebih mendalam mengenai parti ini.

“Apabila saya menjejak kaki ke universiti mengikuti pengajian Sains Sosial, major (pengkhususan) dalam Kajian Politik dan Pemerintahan saya mengkaji dengan lebih mendalam mengenai DAP dan saya mendapati beberapa tanggapan negatif mengenai parti ini adalah tidak benar.

“Saya mahu tahu siapa itu Karpal Sing dan Lim Kit Siang, bermula dari situ saya berminat menyertai parti ini secara rasminya lebih sebulan lalu.

Abdul Aziz juga percaya menyertai DAP tidak bererti beliau akan meninggalkan bangsa dan agama tetapi lebih kepada perjuangan agenda politik demi rakyat.
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
August 13, 2013 at 11:26 AM

NI LAGI SATU BUDAK TAIK NAK TUNGGU PANDAI!!

MEMANG BENAR KATA2 ORANG2 TUA.... MAKNUKSIA KALAU BERPELAJAR TINGGI SEBENAR NYA BKAN MENJADI BIJAK TETAPI MEREKA MENJADI LEBIH BODOH!!

LEBIH TEPAT IALAH BESAR PUNYA BAHLOL!!

Anonymous
August 15, 2013 at 11:13 AM

ini menunjukkan malaysia negara dmokrasi ...

Anonymous
October 15, 2014 at 3:50 PM

At least he has the guts to confront the media and honestly shared his visions and dreams while plunging to a whole world in which he knew people like you existed and will always be mocking and trying to bring him down. rather than hiding himself with the name "anonymous" and screaming all inappropriate curse.

Anonymous
March 4, 2015 at 12:34 AM

Hahaha... Another Gay Boy... Maybe he learn from DSAI...How to become a leader if himself is homosexual

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger