DAP BERMINAT TANDINGI KERUSI DUN TUPONG DALAM PRN SARAWAK KE-11




Bertunjangkan misinya mahu menakluk kawasan DUN majoriti Melayu/ Bumiputera dalam menghadapi PRN Sarawak Ke-11 akan datang, DAP kini meluaskan pengaruhnya di kawasan DUN Tupong di bawah Parlimen Petra Jaya.

Untuk tujuan itu, DAP telah membuka satu lagi pusat khidmat parti di kawasan bukan Cina iaitu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong dalam usahanya mendekati rakyat di situ.

Sebelum ini DAP telah membuka pusat pertama seumpama itu telah dibuka di Mukah sebelum PRU13 lepas. Mukah merupakan majoriti Melayu Melanau.

Untuk menjayakan misi DAP itu, Chong Chieng Jen menjelaskan Pejabat Pusat Khidmat DAP itu yang terletak di kawasan komersial Emart Matang dan akan mula beroperasi pada awal September depan dan dikendalikan oleh pembantu khas baharunya Abdul Aziz Isa, 24.

Pembukaan Pusat Khidmat DAP di Tupong merupakan antara usaha serta perancangan parti itu menyusun semula strategi menawan kawasan Melayu di negeri ini pada PRN akan datang.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan ADUN Kota Sentosa turut mengakui bahawa DAP berminat bertanding di kawasan DUN Tupong pada PRK akan datang meskipun secara tradisinya PKR sering meletakkan calonnya di situ. Bagaimanapun calon PKR di DUN Tupong secara tradisinya juga selalu kalah.

Menurut beliau isu parti mana yang berhak bertanding di kerusi Tupong kelak tidak harus dibangkitkan sekarang dan percaya ia boleh diselesaikan menerusi rundingan dengan parti pembangkang lain di negeri ini termasuk PAS.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger