DAP AKHIRNYA MENGALAH DENGAN DESAKAN ROS




Selepas berteka-teki dan keras kepala, akhirnya DAP terpaksa akur dengan keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) supaya DAP mengadakan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) bagi mengelakkan pendaftaran parti itu batalkan.

Jawapan DAP itu telah dimaklumkan Pengerusi DAP, Karpal Singh dan bukannya Setiausaha DAP, Lim Guan Eng seperti yang sepatutnya.

CEC bagi penggal 2008-2011 akan bermesyuarat Khamis depan untuk melakukan persiapan bagi pemilihan semula, kata Karpal Singh.

Pada 30 Julai lepas, ROS memutuskan DAP mengadakan pemilihan semula CECnya selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti berhubung dakwaan penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan pada pemilihan yang diadakan 15 Disember lepas.

Di sebalik keputusan DAP itu, ramai pihak menganggap tindakan DAP itu sangat wajar dan sebagai tanda pengakuan pucuk pimpinan parti itu bahawa mereka telah melakukan kesilapan.

Sebagai sebuah parti politik, DAP bukanlah parti yang sempurna dan pengamal demokrasi yang telus sebagaimana diuar-uar mereka sebelum ini. Keadaan ini datangnya daripada ahli DAP sendiri yang sebelum ini dianaktirikan dengan menidakkan hak mereka untuk mengundi.

Tanpa pendedahan oleh anggota mereka sendiri, DAP akan terus dipimpin melalui proses manipulasi dalam kalangan mereka yang berkuasa di dalam parti.

Keengganan DAP membawa perkara itu ke mahkamah juga adalah bukti bahawa ROS berada di pihak yang benar. Sebaliknya alasan DAP hanyalah sekadar menutup aib sendiri.

Pengerusinya Karpal Singh dalam satu kenyataan, berkata DAP akan mengadakan pemilihan semula CEC bagi mengelakkan pendaftaran mereka dibatalkan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger