BILA LAGI JAKIM MAHU DAKWA ANWAR IBRAHIM?




Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai memilih bulu dalam menjatuhkan hukuman terhadap orang Islam dengan tidak mengenakan tindakan terhadap mereka yang sepatutnya.

Menurut Anwar, tindakan JAKIM ke atas jurulatih anjing dan menjadikannya sebagai kontroversi tidak berpatutan kerana orang Islam lain yang melakukan kesalahan juga perlu dikenakan tindakan sama.

Ini susulan daripada video '1 Hari Di Hari Raya' yang membabitkan seorang wanita yang menyerupai lelaki yang ‘bersama’ dengan anjing-anjing di rumahnya sebagai suatu cara untuk mengucapkan Selamat Hari Raya.

Ramai rakyat Malaysia khususnya beragama Islam berasakan video itu sudah keterlaluan. Ini bukan kali pertama maruah Islam dicabar bahkan sudah banyak kali. Dan, isu ini telah mainan Pakatan Pembangkang sambil menunding jari kepada kerajaan di atas segala macam tindakan.

Soalan yang ditujukan khusus kepada Anwar, kenapa selalu sangat cari alasan untuk tangguhkan perbicaraan kes liwatnya di mahkamah? Juga, kenapa JAKIM tidak mendakwa Anwar dalam kes liwat disebabkan pelaku dan mangsanya adalah beragama Islam?

Anwar dalam pada itu mahu JAKIM beri nasihat dan teguran kepada jurulatih itu. Apakah jurulatih itu kanak-kanak yang perlu diberikan nasihat? Sedangkan, jurulatih itu sudah dewasa dan akil baligh yang berumur 38 tahun serta tahu halal dan haram akan sesuatu yang dilakukan oleh agama Islam.

Inilah Anwar yang kaki pembelit dan pembohong. Namun masih ada juga di kalangan mereka yang menyokong Anwar. Kebenaran akan terbukti jua nanti dan hanya menunggu masa yang sesuai.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

August 5, 2013 at 11:06 PM

"Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul".

Kamik cuba nangga isu anjin tuk dari sudut yg positif!!

Dlm negara kita Malaysia yg dicintai, penganut Islam-Melayu (sebagai 'tuan rumah') harus bersikap terbuka meraikan Aidilfitri bersama tetamu yg berbilang bangsa dan agama.

Walaupun yg datang tuk 'anjin-anjin' dari berbagai 'spesies, warna dan asal-usul' > kita tetap menghargai tetamu.

Harap2 'anjin-anjin' tu kelak sik gigit balit tuan rumah yg telah meraikan dan mengangkat sidak jadi tetamu.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger