BEKAS SETIAUSAHA SULIT MAHU ANWAR SAMAN INDIVIDU TERLIBAT BUKAN BUAT LAPORAN POLIS



 
Tindakan Anwar Ibrahim dan Karpal Singh yang membuat laporan polis dalam isu surat misteri disifatkan sebagai sandiwara lapuk bagi menutup pekung peribadi mereka. Ini semua taktik lama dan hanya membuang masa.

Seharusnya Anwar Ibrahim dan Karpal Singh menyaman sahaja individu mahupun pihak yang terlibat dalam kes ini dan bukannya membuat laporan polis.

Ini suatu yang pelik kerana kelaziman Anwar dan Karpal akan membawa kes yang melibatkan diri mereka ke mahkamah dengan mengemukakan saman malu. Tetapi, dalam kes ini sebaliknya.. seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Bagi bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Noor berkata, jika benar Anwar dan Karpal difitnah dalam isu surat tersebut, mengapa mereka tidak menyaman pihak terlibat. Kenapa hanya membuat laporan polis? Sedangkan sebelum ini mereka menyelar polis sebagai anjing kerajaan dan tidak boleh dipercayai?

Selepas itu mereka (Anwar dan Karpal) akan menjaja hobinya dengan menuduh ini semua konspirasi BN dan UMNO untuk menjatuhkan karier politik mereka berdua.

"Kalau benar difitnah mengapa Anwar tidak ambil tindakan kepada individu berkenaan? Begitu juga dalam kes video seks bersama wanita China yang disahkan tulen. Anwar dakwa difitnah tetapi sehingga ke hari ini beliau tidak berani menyaman trio 'Datuk T'.

"Hakikatnya, Anwar cuma mahu salah guna institusi kerajaan seperti polis untuk membuat laporan dan kemudian beliau akan menuduh UMNO dan kerajaan.

Dalam pada itu, Ezam juga mendesak Anwar supaya memohon maaf kepada seluruh penyokongnya yang sejak dari awal berkorban wang ringgit sehingga hilang pendapatan kerana menyangka Ketua Pembangkang dalam kesusahan.

Sebaliknya, Anwar bukan sahaja menipu penyokongnya bahkan mempunyai akaun dan pendapat yang lumayan dengan bantuan yang diterima daripada pihak asing semata-mata mahu melihat Anwar menjadi Perdana Menteri.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 10, 2013 at 11:34 AM

Anwar tak perlu minta maaf pada penyokong nya yg bodoh.Orang BODOH memang patut di tipu, padan dengan muka mereka.Kita yg berniat baik utk menyedarkan mereka,kita pula di maki hamun dan di tuduh macam-macam oleh mereka yg bodoh itu.Jadi biarkan sajalah mereka terus di tipu oleh Anwar.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger