BARU BIAN LUAHKAN PERASAAN KEPADA ANWAR IBRAHIM AKAN KEBIADAPAN DAP SARAWAK




Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian semakin gelisah apabila rakan dalam Pakatan Pembangkang, DAP kini sedang berusaha meluaskan kuasa dan pengaruhnya di Sarawak dengan membuka dan mewujudkan lebih banyak cawangan di kawasan luar bandar.

Keadaan ini sangat merisaukan PKR Sarawak yang mana perbuatan DAP itu telah bertentangan dengan persetujuan DAP, PKR dan PAS dalam meluaskan pengaruh masing-masing di Sarawak.

Terbaru dengan pembukaan cawangan Protem DAP Betong (kawasan luar bandar) sangat mendukacitakan PKR. Di Betong, sinonimnya PKR yang bertanding sama ada dalam PRN Sarawak mahupun PRU-13. Tetapi, dengan pembukaan cawangan DAP adalah tidak mustahil DAP akan bertanding di beberapa kawasan DUN di Betong dalam PRN Sarawak ke-11 kelak.


Borneopost

Chong: DAP to open branches in 21 rural seats

Posted on July 22, 2013, Monday

KUCHING: Sarawak DAP aims to set up branches in 21 rural constituencies within the next two months to strengthen its rural reach.

Its chairman Chong Chieng Jen said their rural drive would complement the efforts of all component parties of Pakatan Rakyat (PR).

“The setting up these branches would increase Pakatan’s chances of victory in the areas, regardless of whether it is contested by DAP, PKR or even PAS,” said Chong in a press conference here yesterday.

The targeted constituencies are Tasik Biru, Kedup, Bengoh, Tarat, Balai Ringin, Simanggang, Engkilili, Bukit Saban, Pakan, Meluan, Ngemah, Katibas, Pelagus, Belaga, Kakus, Kemena, Marudi, Bekenu, Bukit Kota and Batu Danau.

“The key to national reform or key to “Ubah” in the country’s future political landscape will hinge on how we perform in the rural areas in this coming state election.

“If we can break the hegemony of the Barisan Nasional in the rural areas, that would provide a big step towards “Ubah” (change).

“Otherwise, it (failure) would be a step backward,” said Chong, who had earlier chaired the party’s second state committee meeting.

Chong said once these branches were up and running, DAP planned to contest in over 30 seats in the 11th state election, including Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawah, Repok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Pelawan, Kidurong, Piasau and Pujut.

DAP has already set up branches in Serian, Mukah, Kapit, Limbang and Lawas parliamentary constituencies.

Chong said each of its state assemblymen had pledged 25 per cent of their backdated arrears from the recent allowance pay rise to fund the rural drive initiative.

Based on the arrears of about RM10,500 per month for 17 months backdated increment, each elected representatives would be donating about RM44,000.

He believed DAP’s membership base in the state would have more non-Chinese members in the near future.



Antara masalah lain yang dibangkitkan Baru Bian kepada Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR ialah:-

PKR Sarawak telah dianaktirikan dan tidak dipedulikan berbanding PKR di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Ini menyebabkan ramai di kalangan ahli-ahli PKR Sarawak yang tertanya dan ada yang mengambil keputusan untuk keluar parti dan menyertai BN. Alasannya PKR pimpinan Anwar Ibrahim hanya mahukan kuasa politik untuk menjadi Perdana Menteri.

Akibat tidak dipedulikan PKR Pusat, bantuan kewangan kepada PKR Sarawak yang selama ini dipohon tidak diluluskan. Sebelum ini PKR Sarawak pernah memohon kepada Kerajaan Selangor untuk mendapatkan dana kewangan dengan berpuluh pucuk surat, tetapi satu pun tidak dilayan.

Berbeza dengan DAP yang mendapat bantuan kewangan daripada Kerajaan Pulau Pinang dalam setiap aktivitinya sehingga mampu membuka beberapa cawangan DAP yang baharu. Ini sangat menakutkan PKR yang selama ini menganggap diri mereka berkuasa berbanding DAP dan PAS.

Kemunculan PAS dalam Pakatan Pembangkang Sarawak juga sebenarnya sangat merimaskan PKR dengan ala keislamannya yang berimej serban dan berjanggut. Imej sebegini sangat menakutkan masyarakat Bumiputera Sarawak.

Kecenderungan Anwar Ibrahim mahu serangan peribadi ke atas Ketua Menteri Sarawak diperhebat dalam PRN Sarawak dan PRU-13 sebelum ini ternyata tidak berupaya menggagalkan pemerintahan Pehin Sri Taib Mahmud. Sebab, ramai rakyat Sarawak termasuk Baru Bian sendiri mengetahui sejarah bahawa Pehin Sri Taib Mahmud adalah orang yang bertanggungjawab mempertahankan hak tanah adat NCR Bumiputera daripada dijual kepada kaum Cina.

Manakala, DAP hanya mengambil kesempatan ke atas kebodohan pemimpin PKR Sarawak yang mahukan kuasa sahaja tanpa memperlihatkan sejarah perjuangan pemimpin terdahulu yang banyak memelihara kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

Dalam isu tanah NCR, pemimpin DAP hanya berpura-pura ‘membantu’ rakyat Bumiputera Sarawak sebaliknya cubaan untuk mencari helah untuk membeli tanah NCR dan sekali gus menjadikan tanah Sarawak milik orang Cina.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger