BAGAIMANA GUAN ENG BOLEH JADI KETUA MENTERI JIKA MASIH BUTA SEJARAH?




Sebagai sebuah parti yang berteraskan komunis, DAP menerusi Setiausaha Agung yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyokong sepenuhnya idealogi Parti Komunis Malaya (PKM) biarpun kumpulan itu telah kalah dan menyerah diri pada awal tahun 1980-an.

Penundaan penayangan filem The New Village yang dikatakan mengangkat dan mengagungkan komunis telah membuatkan DAP begitu marah. Juga, mempersoalkan kenapa filem Tanda Putera yang mengisahkan kejadian rusuhan kaum 13 Mei kerana ianya bersifat rasis?

Begitupun, alasan yang diberikan Lim Gua Eng terhadap persoalan isu komunis ini telah memakan dirinya sendiri. Lim Guan Eng telah menyamakan perjuangan PKM dengan Parti Komunis Cina (PKC) yang memerintah republik itu sekarang.

Ini ekoran Pemuda BN sebelum ini telah mengadakan hubungan dengan PKC yang dilihat Lim Guan Eng sebagai menjalinkan hubungan dengan komunis.

Pemuda BN telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China adalah untuk meneruskan kesinambungan hubungan diplomatik terutama dalam usaha meningkatkan pelaburan antara kedua-dua negara.

Katanya, jauh beza dengan PKM yang telah melakukan tindakan ganas terhadap rakyat Malaya dan Malaysia, sebelum serta selepas kemerdekaan.

Dengan nada sombong, Lim Guan Eng menyelar UMNO sebagai parti yang bersifat kepura-puraan dan dwistandard parti terbesar Melayu tersebut dalam usaha-usaha menangani anasir komunisme di negara ini.

Jika diimbas sejarah, sememangnya idealogi PKM dan PKS adalah sama tetapi sepanjang peralihan zaman idealogi itu juga turut berubah.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 3, 2013 at 7:21 PM

DAP sbg parti chauvinis memang dr awal penubuhannya (offshoot PAP)memperjuangkan sosialism.Pendekatannya nampak saja memperjuangkan hak sama rata tetapi sebenarnya menidakkan kuasa pribumi Tanah Melayu.

Org Melayu yg menyokong DAP adalah golongan yg buta sejarah atau telah termakan dgn ideologi human rights yg dianjur United Nation/PBB.UN yg dikuasai AS dan konco2 tidak akan memberi bantuan kpd Melayu jika berlaku perkara spt rusuhan kaum berlaku.Lihat saja 13 Mei mana ada PBB ambil perduli.Mujur kita ada UMNO yg menyelamat negara.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger