APA MOTIF ABDULLAH KE ATAS TUN MAHATHIR?




Tunggu! Saya akan buat kaji selidik dahulu sebelum memberi komen. Sebab saya kena ada data, takut komen saya pula menyinggung perasaan ‘orang’ lain.

Itulah situasi yang berlaku terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir ketika diminta mengulas mengenai komen teguran menyinggung yang dibuat oleh penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam buku 'Awakening: Tun Abdullah Badawi Years in Malaysia.

Jika diulas tanpa selidik takut pula empunya diri akan terasa bahang komennya. Menjadi kelaziman setiap apa yang diungkapkan Tun Mahathir merupakan pandangan peribadi dan sesuatu yang harus menjadi pegangan dan rujukan dalam setiap hal.

"Saya akan kaji buku itu. Saya akan membuat sedikit rujukan dalam tempoh tersebut," katanya kepada pemberita di rumah terbuka Perdana Menteri di Seri Perdana.

Dalam buku tersebut, Abdullah berkata hubungannya dan Dr Mahathir renggang sejak beliau mengambialih pemerintahan negara kerana kerana "ketidakupayaaan beliau menerima kritikan dan pandangan orang lain melainkan dirinya sendiri."

Kenyataan tersebut dapat dibaca dalam bab pertama, 'A Conversation With Tun Abdullah Ahmad Badawi' yang dijalankan oleh Prof Bridget Welsh dan Prof James U.H. Chin.

Dalam buku terbarunya, 'One Man's Views of the World, bekas Perdana Menterinya Singapura, Lee Kuan Yew mempersoalkan bagaimana Malaysia hendak mencapai matlamatnya untuk menjadi sebuah negara Islam yang maju.

Bagaimanapun Dr Mahathir yang bersikap peramah itu tenang sahaja dengan kritikan yang dilemparkan oleh Lee terhadapnya.

"Dia sudah berusia 90 tahun. Kita beri dia elaun macam orang memberikannya kepada saya juga

"Beliau berhak untuk memberikan pendapat kerana ada kebebasan bersuara, terutamanya di Singapura," katanya.

Selain daripada itu, Lee berkata Malaysia sebelum ini merupakan sebuah negara yang 'tenang' namun kini ia telah menjadi 'lebih ortodoks sejak berada di bawah pengaruh negara Timur Tengah'.
Share this article :
 

+ comments + 5 comments

August 9, 2013 at 11:22 AM

berita yang menarik dan bahasa yang mudah difahami.

My update: Suara Ajaib: Sindiket 'black money' tumpas,

Anonymous
August 9, 2013 at 11:41 AM

Kenapalah bekas PM singapura ni sibuk negara org kenapa tak komen negara jiran lain asyik sibuk negara malaysia saja. Teringin nak masuk malaysia balik ke sebab tanah kat singapura dah tak cukup. Dia ingat kalau pakatan berkuasaa boleh bawa singapore masuk malaysia semula. Iyalah rakyat cina sana pun dah ramai boleh tambah majoriti dan cina malaysia. Sebab tu macam macam strategik di buat tapi nyata tak menjadi dan iini meroyan tak tentu pasal mencampuri urusan negara lain. Bangsa cina ni memang bahaya tak boleh dipercayai sekali dia dapat kuasa habis bangsa lain ditekan supaya kuasa mereka tidak jatuh ke tangan bangsa lain.

Anonymous
August 9, 2013 at 12:19 PM

Umno masi lelap..mac dollah samdol

Anonymous
August 9, 2013 at 3:31 PM

Selaunya `Awakening` ini lambang mesej KRISTIAN ZIONIS! Makin ramai tali-barut ejen Barat-Zionis dari tempatan dan Mat Saleh BIAWAK (sekutu kuat DAPBIAWAK/PKR) yg nak MENGHURU-HARAKAN Tanah Melayu pusaka kita ini! Si CINA TUA tak SEDAQ DIRI, si RASIS PENJILAT kaki kudis Barat-Israel, kuan yew ini dahlah MERAMPAS S’pura – kemudian berangan terus nak rampas seluruh TANAH MELAYU ini - lihat di
http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, Wednesday, September 2, 2009!

Lihat berita yg juga nak bagi aku MUNTAH ini di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/08/09/Hasmy-interview.aspx,
Firmer commitment towards human rights conventions needed, says Suhakam chairman, August 9, 2013! Suhakam ini pikiaq dia MEMERINTAH Malaysiakah - pergi BERAMBUS dgn hak asasi/demokrasi Barat-Zionis depa!

Yg herannya si Suhakam ini tak pula MENGHENTAM rejim Cina PENJAJAH GELOJOH Singapura yang menindas BUMIPUTERA Melayu/Islam Singapura – termasuk dengan memberi kerakyatan degn mudah pd jutaan imigran bukan Islam (BUKAN pelarian pula itu) Cina (dari China, Hong Kong dan Taiwan), dan Kristian, juga dibela oleh sekutu kuatnya, si Barat-Israel. Bahkan polisi mengambil jutaan imigran bukan Islam ke Singapura, ini ditiru dari Israel - sekutu kuat rejim penjajah Cina ini!

Di Israel juga, PENJAJAH GANAS Yahudi yang asyik membunuh, memenjara dan menindas BUMIPUTERA Islam Palestin, termasuk dengan memberi kerakyatan pd imigran Yahudi yang jutaan, dari merata cerok, dan memberi hak istimewa termasuk perumahan dan pendidikan, untuk bangsa Yahudi dari askar (yang tiada Bumiputera Islam Palestin) – tidak juga dihentam si pencinta “demokrasi dan hak asasi manusia” dari Barat (bahkan Israel si penjajah ganas ini adalah sekutu kuat si Barat hipokrit durjana)!

Maka kita dari Dunia Islam dan “Dunia Ketiga“, janganlah sampai takut sangat pada GERTAKAN berterusan “demokrasi/hak asasi manusia” SAMPAH Barat-Zionis/Bukan Islam, macam hamba-abdi mereka!

MAKCIK Tempurung – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Anonymous
August 9, 2013 at 3:52 PM

Sudah2lah Tun Dollah. Ini bukan mengeratkan BN tetapi cubaan terperangkap dalam jerangkap samar pembangkang yang kini akan cuba meracuni setiap pemimpin Melayu BN. Dan salah seorang menjadi mangsa ialah Tun Abdullah.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger