ANWAR IBRAHIM MOHON MUHAMMAD SHAFEE LUCUT KELAYAKAN KENDALI KES LIWATNYA



 
Kenapa Anwar Ibrahim takut sangat kepada Ketua Pendakwaraya kes liwatnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah hingga meminta Mahkamah Rayuan di Putrajaya melucutkan kelayakan peguam daripada bertindak sebagai pendakwa raya dalam rayuan kes liwatnya.

Usul itu telah difailkan Ram Karpal Singh (anak Karpal Singh) di Mahkamah Rayuan pada jam 4.00 petang semalam.

Akibat daripada itu, permohonan itu akan didengar pada hari pertama pendengaran rayuan itu pada 17 September. Maka, dengan itu tertangguh lagilah kes liwat Anwar Ibrahim ke atas Saiful. Sama ada sedar atau tidak rakyat Malaysia, itulah sebenarnya yang dimahukan Ketua Pembangkang itu.

Muhammad Shafee diberikan kuasa oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar, 64, daripada pertuduhan itu pada 9 Januari tahun lepas.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger