ADUN SAMARIANG TIDAK GENTAR DAP BUKA CAWANGAN DI KAWASAN MELAYU




Bagi ADUN Samariang yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang memberitahu sebagai negara demokrasi, ia merupakan hak DAP untuk menubuhkan cawangan atau pusat khidmat di mana sahaja di negeri ini termasuklah di kawasan Melayu.

Biarpun ramai penduduk dan rakyat di kawasan DUN Tupong termasuk DUN Samariang marah di atas pembukaan cawangan DAP yang disifatkan mereka sebagai batu loncatan untuk memecahbelahkan kaum Melayu, namun bagi Hasidah sendiri beliau sedikitpun tidak teruja dengan penubuhan cawangan DAP di kawasan N.6 Tupong.

Dengan berbekalkan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat serta membela nasib semua kaum bukan sahaja di kawasan Tupong, malah di seluruh negeri Sarawak, Hasidah percaya rakyat masih tetap bersama BN.

Pun begitu Hasidah harus melihat dalam konteks yang luas dan panjang mengenai pembukaan cawangan DAP di kawasan Melayu/Bumiputera memandangkan politik Sarawak kini sudah tidak seperti dahulu.

Politik DAP sangat licik hingga menyebabkan seluruh kawasan DUN di bandar dan majoriti Cina telah memihak kepada mereka. Nescaya, strategi DAP meletakkan calon Melayu/Bumiputera di kawasan DUN tertentu sebagai hasrat untuk meraih populariti.

Mungkin usaha untuk ‘merampas’ kawasan Melayu tidak akan tercapai dalam masa PRN Sarawak Ke-11, tetapi siapa tahu pada PRN Sarawak Ke-12 kelak DAP berjaya menakluk kawasan Melayu seperti yang pernah dilakukan mereka pada DUN majoriti Cina sejak PRN Sarawak Ke-8 lagi.

Terpulanglah kepada bicara penyandang mahupun calon BN di kawasan DUN Melayu/Bumiputera kerana harus diingat politik Sarawak pada hari ini sudah berubah dan nescaya ‘UBAH’ akan melanda jika BN-PBB tersilap langkah.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger