ABDUL KARIM HAMZAH PERSILAKAN DAP BUKA CAWANGAN DI SAMARAHAN DAN DUN ASAJAYA




Menjadi hak parti-parti yang bertanding di negara ini untuk membuka cawangan masing-masing di mana-mana sahaja termasuklah di kawasan DUN Asajaya.

“Kalau DAP nak buka cawangan di Tupong, bukalah. Mereka juga dipersilakan untuk membuka cawangan di Samarahan atau Asajaya.

Mengulas pembukaan cawangan DAP di DUN Tupong, Abdul Karim membidas graduan UNIMAS, Abdul Aziz Isa yang dilihatnya sebagai buta sejarah.

“Namun malangnya, terdapat segelintir graduan kaum Bumiputera yang buta sejarah, bagaikan kacang lupakan kulit jika dibandingkan dengan rakyat biasa lain yang lebih mengetahui perjuangan BN dan PBB iaitu untuk mensejahterakan rakyat, khasnya Bumiputera,” jelas Abdul Karim.

Menurutnya lagi, BN dan PBB tidak risau atas perkembangan terbaharu parti pembangkang tersebut biarpun menyedari strategi DAP itu boleh mengubah senario politik di kawasan Melayu/Bumiputera. - Sumber

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger