SISTERS IN ISLAM (SIS) SUDAH MELAMPAU


JAKIM dengan tegas menasihatkan SIS supaya menghentikan provokasi dan spekulasi terhadap isu fatwa pengharaman ratu cantik kepada orang Islam.

Kenyataan SIS yang mempertikaikan kedudukan institusi fatwa dari sudut perundangan adalah tidak mengikut pandangan syarak dan tidak merujuk kepada undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, adalah tidak timbul dakwaan wujudnya diskriminasi dalam fatwa atau hukum yang dikeluarkan sama ada berasaskan gender, double standard atau sebagainya jika kita benar-benar memahami nas-nas syarak tentang hukum itu.

"Dalam membicarakan hukum-hakam Islam, semua pihak, khususnya SIS perlu ingat bahawa tidak boleh dibahaskan sewenang-wenangnya oleh golongan tidak berkelayakan dalam bidang agama kerana boleh menimbulkan kacau-bilau dan salah faham terhadap ajaran Islam sehingga mencalarkan maruah agama dan umat Islam seluruhnya.

Sebelum ini SIS mempertikaikan pengeluaran fatwa di Malaysia tidak islamik dan demokratik dalam isu ratu cantik di laman portal berita FMT.

SIS mempersoalkan bagaimana fatwa yang diwartakan pada 8 Februari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 dan yang lain boleh menjadi undang-undang secara automatik tanpa melalui proses perundangan dan ini telah mencabuli kebebasan asasi seseorang.

Ini semua disebabkan penyertaan 4 orang gadis Islam yang terpilih antara 20 finalis pertandingan yang akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada 2 Ogos ini. Isu ini bukan yang pertama kali, tetapi sudah berkali-kali. Ternyata gadis Melayu di Malaysia ini tidak serik-serik sebab cetek ilmu agama.

Islam secara terang melarang umatnya menyertai pertandingan ratu cantik. Pertandingan ini jika tidak memperagakan pakaian seksi, tetapi masih lagi mempamerkan benda badan wanita yang boleh menimbulkan syak dan keraguan di khalayak bukan muhrim.


Sebagai seorang yang beragama Islam, menjadi kewajipan mereka mematuhi hukum Allah atau menghindarkan diri daripada terjebak dengan perlakuan yang bersalahan dengan hukum ditetapkan secara qati'e dalam al-Quran dan hadis.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger