RAFIZI DAKWA HARGA KERETA TURUN MAKA GAJI PEKERJA TURUN TAPI BUKTI TIDAK ADA


Pakatan Pembangkang dalam manifesto (bukan janji) PRU-13 lepas menjanjikan penurunan harga kereta bagi meraih undi simpati rakyat.

Pelbagai promosi dan publisiti dilakukan dalam menyebarkan ‘berita baik’ ini kepada rakyat sama ada menerusi media sosial, media cetak mahupun ceramah politik.

Dan, apabila BN mengemukakan ‘Aku Janji’ kepada rakyat dengan salah satunya penurunan harga kereta, Pakatan Pembangkang mula mencari alasan lain untuk memperkecilkan ‘aku janji’ BN itu.

Selepas menang PRU-13, seperti biasa ‘Aku Janji’ BN dilaksanakan dengan cara berhemah supaya rakyat dapat menikmatinya. Susulan pelaksanaan penurunan harga kereta yang dilakukan kerajaan BN, Pakatan Pembangkang mula mencongak unsur-unsur negatif ke atas usaha kerajaan.

Seperti biasa menerusi Pakar Strategi Politik PKR, Rafizi Ramli menuduh pelaksanaan penurunan harga kereta yang dilakukan kerajaan itu telah menyebabkan penurunan gaji pekerja syarikat kenderaan.

Bagaimanapun, tuduhan itu dibidas oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyatakan bahawa beliau dan kementeriannya sehingga sekarang masih dan tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

"Kami tidak ada terima laporan bahawa selepas Proton atau Perodua atau Nissan atau Mazda, turunkan harga (kereta), gaji (pekerja) diturunkan, kalau (anggota Parlimen) Pandan (Rafizi Ramli) ada maklumat, sila beri kepada saya. Saya nak tahu syarikat yang potong gaji.

Sehingga kini Rafizi masih belum mengemukakan laporan berhubung tuduhannya itu. Ini seolah-olah Rafizi bercakap di dalam Parlimen tanpa sebarang bukti dan sebaliknya hanya mahu memburukkan usaha kerajaan itu.

"Kita juga tidak terima laporan ada syarikat yang kurangkan harga (kereta tertentu) tetapi naikkan (harga) model lain, begitu juga laporan bahawa ada syarikat yang turunkan harga tetapi potong bonus.
 
Mohd Rafizi ketika membahaskan usul sama sebelum ini turut mendakwa langkah kerajaan menurunkan harga kereta secara berperingkat menyebabkan kenaikan harga model lain selain kualiti kereta menurun.
   
Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai serius, Mustapa berkata beliau ingin tahu syarikat yang mengambil tindakan sedemikian supaya boleh dirujuk kepada Tribunal Pengguna.
   
"Ini satu dakwaan yang serius, saya pun nak tahu juga syarikat mana yang menurunkan kualiti kereta mereka. Jika benar, maka ini boleh dirujuk kepada Tribunal Pengguna atau Persatuan Pengguna.
   
"Ini satu dakwaan yang berat terhadap syarikat. Saya minta (anggota Parlimen) Pandan beri bukti," katanya.
   

Beliau menjelaskan terdapat empat faktor yang menentukan harga sesebuah kereta iaitu kos pengeluaran yang melibatkan kos buruh, material dan komponen import, duti eksais, cukai jualan dan margin atau kadar keuntungan yang ditetapkan syarikat.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 11, 2013 at 9:29 AM

Seperti biasa si Rafizi Pondan ni akan mintak para wartawan cari bukti dan serahkan padanya untuk didedahkan pada Menteri. Kalau tak dapat maka si cinabeng-cinabeng upahan termasuk Red Bean Army akan cipta isu dan fitnah kerajaan di dalam alam maya. Kununnya bisnes jual kereta para cinabeng telah merudum jatuh akibat dasar kerajaan ini. Maka para cinabeng ini terpaksa ambil pekerja yang fasih mandarin untuk meningkatkan jualan kereta.

Setelah itu, mereka pun meminta agar kerajaan tidak mengenakan cukai ke atas bisnes cinabeng yang kununnya rugi. Demi nak jaga hati perut para cinabeng ini pula kerajaan di minta untuk bantu sekolah-sekolah dan dewan-dewan perniagaan cinabeng agar mereka membantu kerajaan.

Dah faham perangai cinabeng-cinabeng yang tak kenng budi lagi rasis ini.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger