PRN SARAWAK: APAKAH DAP, PAS MAHUPUN SWP BERSETUJU DENGAN CADANGAN PKR TANDINGI 35 KERUSI?


Ketua Pemuda PKR, Iskandar Shamsul berkata PKR berharap cadangan mereka untuk bertanding separuh daripada 71 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) Ke-11 akan datang akan dipersetujui DAP dan PAS.

Setelah selesai PRU-13 lalu, PKR kini dalam persiapan menghadapi PRN Sarawak Ke-11 yang akan diadakan dalam tempoh dua tahun dari sekarang.

Biarpun PKR hanya mencatat kemenangan di satu Parlimen sahaja dalam PRU-13 di Sarawak, namun ia sedikit pun tidak menjejaskan semangat PKR untuk terus bertanding dan menawan Sarawak.

Bagi merealisasikan hasrat itu, PKR Pusat akan memastikan setiap cabang dan cawangan PKR di Sarawak digerakkan dan membuat persediaan rapi.

Dalam pada itu, Iskandar juga menyatakan PKR akan mengadakan pemilihan parti pada awal tahun depan. Yang pasti, pemilihan parti itu nanti akan dapat menguatkan lagi PKR khususnya di Sarawak nanti.

Pada PRN Sarawak ke-10, PKR bertanding di 49 kerusi DUN, tetapi hanya menang di 3 kerusi iaitu Krian, Ba’Kelalan dan Batu Lintang.

Persoalan kini apakah DAP dan PAS juga SWP bersetuju dengan cadangan PKR itu memandangkan prestasi buruk yang ditunjukkan PKR dalam PRN Sarawak 2011 dan PRU-13 yang lepas?


Menjadi kelaziman bagi Pakatan Pembangkang dalam amalan pembahagian kerusi yang semestinya lewat dan tidak mencapai kata sepakat. Ini telah dibuktikan sebelum ini dalam PRN Sarawak 2011 dan PRU-13 yang lepas. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger