PRK KUALA BESUT: TIMBALAN PRESIDEN PKR TIKAM CALON PAS DARI BELAKANG



PRK Kuala Besut menampak sejarah tersendiri apabila diadakan dalam bulan puasa di mana penamaan calon dan hari pengundian dilakukan di dalam bulan Ramadhan. Lebih mulia lagi calon PRK Kuala Besut menyaksikan parti penyandang BN-UMNO ditentang PAS seperti mana yang berlaku dalam PRU-13.

Tetapi, bukan itu yang mahu diperkatakan sebaliknya cabaran calon PAS dalam PRK Kuala besut ini datangnya daripada sekutu rapat dalam Pakatan Pembangkang iaitu PKR.

Jika calon BN-UMNO menerima apa saja isu dan keperibadian calon PAS, tetapi tidak bagi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Isu akademik kini menjadi persoalan Azmin Ali yang dilihat sebagai ‘punca’ kekalahan PAS dalam PRK Kuala Besut itu nanti.

Biarpun PAS memilih calon atas faktor anak tempatan dan calon ‘mampu’ menang, tetapi bagi PKR ia tidak memadai keranan calon PAS itu tiada kelulusan akademik seperti yang setaraf dengan calon BN atau lebih tinggi lagi.

Calon PAS, Azlan @ Endot Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long hanya mempunyai kelulusan akademik setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Gred 3. Bagaimana calon PAS yang hanya berkelulusan SPM menentang calon BN-UMNO yang berpendidikan tinggi?


Dalam isu pemilihan calon PAS ini, kami PKR kurang berpuas hati dengan akademik calon yang hanya mendapat kelulusan setakat SPM sahaja. Tetapi, demi Pakatan Pembangkang, kami PKR akan turun padang untuk membantu berkempen.

Lebih memburukkan lagi keadaan PKR dan PAS apabila Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak hadir ke hari penamaan calon PRK Kuala Besut. Demikian juga Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail yang juga tidak kelihatan sehingga ramai penyokong PAS masing-masing bertanya akan kehadiran mereka. Hanya Azmin Ali sahaja yang hadir bagi mewakili PKR.

Biarpun Anwar Ibrahim merupakan orang yang pertama gembira apabila mengetahui akan kematian penyandang DUN Kuala Besut, Allahyarham Dr Abdul Rahman Mokhtar, tetapi disebabkan bukan calon PKR yang berjaya dalam pembidaan itu menyebabkan Anwar dan PKR sudah tawar hati.

Sebelum ini PAS menjangkakan sekitar 7,000 hingga 8,000 yang akan mengiringi calon PAS semasa penamaan calon, tetapi hanya kelihatan kurang 1,000 orang penyokong yang kebanyakannya penyokong PAS. Lebih menyedihkan PAS dan calon PAS itu sendiri, kebanyakan penyokong PAS yang hadir adalah daripada penyokong PAS yang bukan dari penduduk Kuala Besut atau dengan bahasa mudah penyokong PAS luar DUN Kuala Besut.


Nampaknya PAS dalam PRK Kuala Besut kurang mendapat sokongan daripada penyokong PAS memandangkan penyandang kerusi DUN Kuala Besut sebelum itu, Allahyarham Dr Abdul Rahman adalah seorang yang benar-benar menjalankan peranan sebagai pemimpin. Dan, sudah pasti calon pilihan BN-UMNO pada kali ini akan mewarisi peranan bekas penyandang BN-UMNO demi memastikan kelangsungan kebajikan rakyat DUN Kuala Besut dipelihara. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger