PKR DAN PAS TOLAK CADANGAN DAP BOIKOT PRK KUALA BESUT SAKSIKAN PERTANDINGAN 3 PENJURU


Selain isu boikot PRK Kuala Besut yang dicetuskan DAP kepada PAS dan PKR, PRK Kuala Besut juga akan memperlihatkan pertandingan 3 penjuru yang akan memperlihatkan bekas Ketua Perhubungan Negeri PKR Terengganu, Mohd Padeli Jusoh bertanding bagi merebut kerusi DUN Kuala Besut.

Tetapi, ini bersyarat jika PAS sebagai rakan dalam PR tidak memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calonnya dalam PRK Kuala Besut.

Menurut Mohd Padeli, kerusi DUN Kuala Besut sepatutnya menjadi milik PKR untuk menggantikan tiga kerusi DUN, masing-masing Kota Putera, Bukit Besi dan Seberang Takir yang difahamkan diambil PAS pada PRU13.

Mahu tidak mahu dan apa yang berlaku sekarang, PAS seharusnya memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calonnya berikutan dalam PRU13 baru-baru ini PKR telah memberi laluan kepada PAS biarpun tiga kerusi DUN berkenaan telah diperuntukkan kepada PKR.

Katanya, sebagai rakan dalam Pakatan Pembangkang, PAS seharusnya bersikap lebih setiakawan dan sanggup berkorban demi kejayaan rakan lain dalam Pakatan Pembangkang.

“Walaupun PKR Terengganu merupakan organisasi yang kecil dalam Pakatan Pembangkang berbanding PAS, namun impak dan peranannya cukup relevan dalam menjayakan agenda Pakatan Pembangkang di negeri Terengganu.

"Jika pandangan ini tidak diterima atau dipandang sepi oleh pemimpin Pakatan Pembangkang, mungkin saya akan bertanding di situ sebagai calon Bebas,” kata Padeli lagi yang merupakan ahli PKR Cabang Dungun.

Jika ini berlaku pastinya akan berlaku pertembungan 3 penjuru antara calon BN-UMNO, PAS dan PKR (Bebas). Ini pastinya memberikan banyak peluang kepada BN untuk mempertahankan kerusi itu yang diyakini terus memihak kepada BN. 


Dalam pada itu tindakan PAS dan PKR dalam menidakkan saranan DAP untuk memboikot PRK Kuala Besut ternyata menghampakan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng. Sebagai parti yang mencorak dan menentukan perjalanan Pakatan Pembangkang, kedua-dua parti kecil itu perlu mendengar dan mengikuti arahan DAP yang kini menjadi parti terkuat dalam Pakatan Pembangkang.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger