PEMIMPIN DAP BERPUASA KERANA ADA MAKSUD TERSIRAT?


Bulan Ramadhan yang disambut di seluruh dunia telah mewajibkan seluruh umat Islam berpuasa tanpa pengecualian kecuali wanita dan mereka yang uzur dan sakit.

Bersempena dengan bulan puasa ini, pemimpin DAP, Dr Ong Kian Ming berazam untuk berpuasa sebulan pada Ramadan kali ini dan percaya produktivitinya meningkat kerana tidak perlu menghabiskan waktu untuk makan tengah hari.

Ahli Parlimen Serdang beragama Kristian itu mahu berpuasa sebagai solidariti kepada umat Islam di Malaysia, malah sudah berpuasa sejak tiga tahun walaupun tidak penuh.

"Menanti untuk berpuasa semasa Ramadan, pertama kali saya cuba untuk berpuasa penuh," tulis Ong melalui akaun Twitternya @imokman.

"Harapan saya, kali ini dapat berpuasa penuh seperti rakan Islam dengan mengambil sedikit makanan seperti buah-buahan pada sahur dan meneruskan perjuangan berpuasa sehingga ke Maghrib.

Bagi merai kemeriahan berbuka puasa, beliau bercadang menghadiri beberapa majlis berbuka puasa termasuk bersama wakil rakyat lain di Parlimen.

"Hari pertama Ramadan, saya akan berbuka puasa di Parlimen bersama ahli parlimen lain dan pada minggu depan pula, saya mahu berbuka puasa bersama rakan-rakan beragama Islam.

"Saya juga bakal menyertai satu program keluarga angkat bagi merasai sendiri pengalaman keluarga Melayu menjalani ibadah puasa," katanya.

DAP sering diberi publisiti negatif dan dituduh anti-Melayu dan anti-Islam oleh UMNO.


Jelas bahawa dengan kenyataan di ayat yang terakhir ini menandakan bahawa pemimpin DAP itu berpuasa kerana sebab dan tujuan lain dan bukannya seperti yang disyariatkan Islam ke atas umatnya berpuasa. Jika inilah sebabnya maka pemimpin DAP itu hanya menjadikan puasa itu sebagai bahan politik untuk meraih simpati rakyat beragama Islam dan mahu membersihkan imej DAP yang sudah kotor di mata orang Melayu. 
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
July 10, 2013 at 9:17 AM

alah depan orang melayu buat-buat tak makan tapi kat belakang sapa tau....

Anonymous
July 10, 2013 at 12:13 PM

...taktik yg sama pernah di guna pakai oleh Lee Kuan Yew....Lee Kuan Yew dulu pakai songkok bila masuk kampong melayu nak kan sokongan melayu...habis seluruh melayu singapore kena kencing....kini melayu singapore ibarat melukut di tepi gantang...gara gara terpesona Lee Kuan Yew pakai songkok...

Anonymous
July 10, 2013 at 1:41 PM

ada aku kisah

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger