PECAH PALAK MIKIR! CELUPAR MULUT BADAN BINASA



Semacam tidak serik, blogger tajaan Unit Media Baru (UMB) UMNO yang lebih dikenali sebagai Pecah Palak Mikir (PPM) atau turut dikenali Cikgu Fadzil yang merupakan ‘orang’ Semenanjung dan pernah berkhidmat dengan UMB BN Sarawak di bawah Saudara Aziz Tan Sri Adenan semasa kempen PRU-13 lepas sekali lagi telah menimbulkan isu yang tidak bertempat. Kali ini Ketua Pengarah JASA, Dato’ Fuad Hassan menjadi sasarannya disebabkan suatu tweet berkenaan isu pihak sekolah menyediakan tempat makan di dalam tandas.

Melihat kepada tweet Fuad Hassan pada jam 2.43 petang yang berbunyi “Kerajaan perlu siasat segera. Jika benar ini perbuatan guru bodoh dan bebal. Tindakan keras pelu diambil. Tak guna otak dan common sense. Jangan selindung. Usaha murni toleransi dimusnahkan oleh perbuatan orang yang tidak berakal”.

Jika difahami sebenar-benarnya tweet berkenaan tiada isu yang harus dimarahi PPM sebagai blogger UMB UMNO yang selama ini membantu dalam mempertahankan BN. Kenapa perlu mengelabah? Apakah PPM mempunyai kaitan kekeluargaan dengan Guru Besar sekolah terbabit? Juga, salahkan sebagai rakyat memberikan pandangan berhubung tindakan yang perlu diambil kerajaan dan mereka yang terlibat dalam permasalahan ini?

Agaknya PPM kecewa dan mengelabah disebabkan kenyataan pedas Fuad Hassan itu menunding jari kepada Guru Besar. Mungkin PPM seorang guru! Dan, apakah semua guru tidak boleh dipersalahkan jika bersalah walaupun sebesar zarah? Memang guru amat istimewa di mata rakyat sehingga setiap kemahuannya kepada kerajaan dipenuhi, tetapi bagaimana guru yang sentiasa mencipta isu dan membangkang kerajaan dalam setiap hal? Apakah mereka ini juga perlu dijaga dan dipelihara?


Berbicara pasal PPM, selepas PRU-13 PPM seolah-olah kecewa dengan ‘layanan’ istimewa UMB BN Sarawak dan Aziz Tan Sri Adenan, PPM telah mengambil keputusan ‘berhijrah’ kembali ke Semenanjung. Akibat keceluparan PPM, tidak pasal-pasal Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak telah menerima tempias. Akibatnya berlaku tuduh-menuduh yang tidak berasas angkara keceluparan tangan PPM yang menaip di dalam blog dan media sosial FB.

Selepas insiden tersebut PPM berdiam diri dan secara langsung telah menyebabkan Tun Faisal campur tangan. Di Sarawak, lebih dahsyat lagi isu yang dicipta PPM ini telah mengeruhkan hubungan UMB BN Sarawak dan BN Sarawak. Ini boleh ditafsirkan sebagai PPM sebagai batu api untuk memecahbelahkan politik BN Sarawak. (Lihat beberapa artikel PPM selepas PRU-13 akibat kekecewaan yang tidak dibayar untuk kebenaran)

Menyentuh mengenai sumbangan PPM dalam politik di Malaysia khususnya di Sarawak, boleh dikatakan hanya ‘syok’ sendiri kerana kebanyakan tindakan dan perkara yang mahu dilakukan tidak menepati citarasa orang Sarawak. Jangan anggap orang Sarawak tidak pandai hingga sanggup mengimport blogger dari UMB UMNO untuk membantu berkempen dalam PRU-13 yang lalu.

Segala macam sejarah PPM di Sarawak sudah lama diperhatikan dan diketahui malah tidak keterlaluan boleh dikatakan PPM sebagai syok sendiri. Mana tidaknya, angkara tidak puas hati dan memecah temberang UMB BN Sarawak menyebabkan sedikit kecoh hubungan UMB BN Sarawak dan BN Sarawak. Sungguh hebat permainan PPM ini yang diibaratkan sebagai pencetus isu.

Sebagai blogger jalanan yang tidak berbayar ini dalam PRU-13 lalu tidak mahu blogger mencampuri urusan politik Sarawak dan cukuplah sekadar mempertahankan kerajaan BN menerusi isu nasional. Manakala, isu tempatan rakyat Sarawak sendiri lebih arif kecuali ada campur tangan daripada pemimpin Pakatan Pembangkang daripada Pusat.  


Justeru, bagi PRN Sarawak Ke-11 akan datang, kami blogger jalanan Sarawak tidak mahu blogger seperti PPM ini yang hanya mengucar-kacirkan politik tempatan Sarawak. Jika tidak berpuas hati gunakanlah saluran yang betul bukan dengan membuka pekung di dada. Ilmu politik PPM ini masih cetek dan banyak yang perlu dipelajari. Nasihat yang harus dipatuhi, jagalah tepi kain sendiri.  
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger