NOTIS IMIGRESEN TIDAK BENARKAN PENULIS SARAWAK REPORT MEMASUKI SARAWAK


Pada 2 hari lepas, salah seorang penulis Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown telah dilarang memasuki Sarawak setelah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 3.40 petang.

Sejurus sampai di LTAK, pihak Imigresen Kuching telah menahan dan mengeluarkan arahan bahawa Clare Rewcastle Brown tidak dibenarkan memasuki Sarawak atas sebab-sebab tingkahlaku dalam Sarawak Report.

Atas arahan itu, Clare Rewcastle Brown telah dihantar pulang dengan menaiki pesawat lain pada hari yang sama. Namun, sebelum pulang Clare Rewcastle Brown telah didatangi Naib Pengerusi PKR Sarawak yang juga ADUN Batu Lintang, See Chee How.

Atas inisiatif See Chee How, berita mengenai penahanan dan penghantaran balik Clare Rewcastle Brown telah tersebar denga memberitahu wartawan yang propembangkang. Menjadi kelaziman di Sarawak, akhbar propembangkang khususnya akhbar berbahasa Cina telah menyiarkan berita itu sebagai tajuk utama dan terus mempolitikkan isu ini sebagai driskiminasi kerajaan yang tidak adil.

Tidak cukup dengan itu, Clare Rewcastle Brown yang kecewa kerana tidak dapat memasuki Sarawak mengecam tindakan Jabatan Imigresen dan Kerajaan Sarawak yang menyenarai hitam namanya sebagai individu yang tidak boleh memasuki Sarawak.


PENULIS SARAWAK REPORT DITAHAN MEMASUKI SARAWAK

Permainan siapa penulis dan siapa yang membiayai Sarawak Report akhirnya terbongkar apabila penulisnya Clare Rewcastle Brown dilarang daripada memasuki negeri Sarawak siang tadi.

Portal Sarawak Report terkenal dengan fitnah dan tohmahan terhadap keluarga Ketua Menteri Sarawak dan pemimpin BN juga mereka yang bersekongkol dengan BN dan Kerajaan Negeri Sarawak. Lebih memburukkan keadaan, penulisnya sanggup memutarbelitkan cerita dan mengapi-apikan cerita yang tidak benar dengan harapan ianya akan menggoncang Sarawak dan BN.

Penyenaraian hitam Clare Rewcastle Brown telah mengkecohkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sehingga memaksa Naib Presiden PKR Sarawak yang juga ADUN Batu Lintang, See Chee How datang dan mententeramkan keadaan.

Persoalan ketika itu, kenapakah See Chee How? Apakah kaitan Clare Rewcastle Brown dengan See Chee How dan PKR Sarawak?


Biarpun Clare Rewcastle Brown datang ke Sarawak bagi bertemu dengan peguamnya yang juga Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dalam menyelesaikan satu kes namun ia sedikitpun tidak dihiraukan Jabatan Imigresen.

Malah, Jabatan Imigresen melihat ‘dosa’nya ke atas pemimpin Sarawak yang selama ini bertopengkan Sarawak Report. Tidak cukup dengan itu, Clare Rewcastle Brown dan penulis Sarawak Report yang lain telah memfitnah pemimpin Sarawak yang selama ini berjuang bagi membangunkan Sarawak sejak 50 tahun lalu tanpa campur tangan asing.


Bagi rakyat Sarawak, penahanan dan pengusiran penulis Sarawak Report dari memasuki negeri ini dianggap sebagai suatu tindakan yang wajar dan menjadi pengajaran kepada mereka (pembangkang) yang selama ini bersembunyi di sebalik wajah orang asing hanya kerana kepentingan politik.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 6, 2013 at 5:32 AM

Bah. Kedua:

Maka Bumiputera Melayu dan BUMIPUTERA lain, terutamanya yang Islam, mesti menubuhkan NGO-NGO yang juga berlambak, untuk menentang NGO-NGO SAMPAH penjajah dan pengkhianat ini! Apalagi, ancaman semakin meningkat ke tahap amat merbahaya dari pertubuhan evangelis Kristian Zionis, yang ditaja penjajah Barat-Israel, yang sekarang disyaki mengetuai DAP/Bukan Islam PKR (fahaman Kristian Zionis ialah gabungan doktrin Kristian Protestant palsu dengan pengganas Yahudi Zionis untuk menjatuhkan Islam, dan menjajah Palestin selamanya untuk memecahbelahkan PUSAT Islam di Timur Tengah, termasuk Mekah di masa akan datang, dan seluruh dunia Islam yang kaya minyak-gas)!

Pertubuhan Kristian Zionis ini makin menyamar sebagai gereja asing/tempatan biasa, NGO-NGO asing/tempatan alam sekitar ataupun kononnya nak menolong orang miskin dan nak perjuang hak asasi termasuk kebebasan mutlak bersuara dan seks, atau sebagai perhimpunan peribadi di rumah-rumah dan kawasan perumahan, yang banyak tidak berdaftar, atau sebagai syarikat korporat, makin MENGKRISTIAN-MENGYAHUDIkan Bumiputera/Bukan Bumiputera yang Islam dan bukan Islam, seramai mungkin. Ini sebab utama undi bukan sahaja dari orang Cina, tetapi bukan Islam kepada DAP/PKR!

Dan ramai yang Bukan Bumiputera PKR pula menyokong DAP tetapi tidak mahu terdedah sebab hendak terus membodohkan penyokong Melayu/Islam PKR dan PAS, untuk menyembunyikan rahsia mereka ini sebagai Kristian Zionis. Bahkan saya syak puak Kristian Zionis ini makin rancak dengan menyamar sebagai yang disebut di atas, di pendalaman Sarawak/Sabah, di perkampungan Orang Asli dan orang India miskin di perkampungan estet, serta flat-flat orang miskin di bandar, untuk mempastikan lebih ramai Bumiputera/Bukan Bumiputera yang dikristiankan akan mengundi DAP di pilihanraya akan datang!

MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger