KETUA WANITA PKR NEGERI PULAU PINANG TIDAK DAPAT PEMBELAAN DARIPADA PKR PUSAT


Benar kata pepatah Melayu, akibat mulut badan binasa. Itulah yang dialami Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Norhayati Jaafar apabila barangan di dalam rumahnya di Taman Sri Kijang disita oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Ini berikutan kegagalan Norhayati melunaskan bayaran ganti rugi RM30,000 dalam satu kes saman fitnah. Menjadi kelaziman bagi setiap ahli dan penyokong PKR mahupun Pakatan Pembangkang yang fitnah itu sesuatu yang harus ada dalam diri mereka.

Benar juga kata simpulan bahasa ini, di mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Seperti mana perangai bos-bos di atas (Pakatan Pembangkang) begitu jugalah perangai ahli-ahli dan pemimpin.

Norhayati gagal membayar ganti rugi RM30,000 kepada bekas ketua wanita PKR negeri Aminah Abdullah yang memenangi kes saman fitnah terhadap Ketua Wanita PKR negeri itu.

Nasib baik hanya RM30,000 jika RM1,000,000 juta alamatnya serta dirinya akan disita. Biasanya pemimpin dan penyokong PKR ini apabila saman bukannya main puluhan ribu tapi jutaan ringgit.

Peguam yang mewakili Aminah, Saiful Ambar Abdullah Ambar berkata jika Norhayati masih gagal membayar ganti rugi selepas 14 hari barangannya disita, mahkamah boleh mengambil tindakan melelong barangan berkenaan.
  
Katanya pada 27 Sept tahun lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk G.V.Varughese mengeluarkan perintah kepada Norhayati sebagai defendan pertama dan dua lagi defendan, masing-masing membayar ganti rugi RM30,000 kepada Aminah kerana didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dalam akhbar Harakah edisi 20-22 Mei tahun lepas.

Akhbar Harakah ini pun satu. Yang berita dikeluarkan mereka bukannya benar dan banyak fitnah dan persepsi. Jadi sesiapa yang baca Harakah dan Suara Keadilan pada bulan puasa ini diumpamakan sebagai membaca fitnah.
  
"Bagaimanapun tiga bulan selepas keputusan penghakiman dibuat semua defendan termasuk Norhayati gagal membayar ganti rugi berkenaan. Jadi ini adalah salah satu cara yang kita ambil iaitu dengan meminta mahkamah mengeluarkan perintah menyita barangan milik defendan," katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, berlaku sedikit kekecohan apabila suami Norhayati mempertikaikan proses penyitaan itu dan kehadiran sekumpulan wartawan dan jurugambar di rumahnya bagi membuat liputan proses penyitaan itu.
  
Bagaimanapun proses penyitaan dilaksanakan dengan sempurna apabila wakil Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menjelaskan kepada lelaki berkenaan mengenai proses penyitaan itu.
  
Pada 15 Jun 2011, Aminah memfailkan saman fitnah RM6 juta terhadap Norhayati, Timbalan Ketua Cabang PKR Bukit Mertajam Jab Samat dan Setiausaha PKR Cabang Jelutong, Khairil Anuar Kamarudin serta tiga lagi iaitu wartawan Harakah Mohd Sabri Said, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan PAS.
  
Aminah dalam tuntutannya mendakwa laporan akhbar itu, antara lain, bermaksud beliau seorang yang jahil agama dan tiada sebarang pengetahuan syariat Islam, menerima umpan kebendaan daripada UMNO, termasuk dituduh menggesa Presiden PKR Wan Azizah bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  
Selain itu, beliau mendakwa ketiga-tiga pemimpin PKR, pada satu sidang akhbar di Galeri Pejuang, Cheruk  Tok Kun, Bukit Mertajam, dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan berunsur  fitnah, kecaman berbentuk peribadi serta tuduhan tidak berasas yang bertujuan mengaib, menjatuhkan maruah, nama baik dan reputasinya.

Pada 27 Sept lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Norhayati, Jab dan Khairil Anuar masing-masing membayar ganti  rugi RM30,000 kepada Aminah, manakala Mohd Sabri, Ahmad Lufti dan PAS dilepaskan selepas mahkamah menerima pembelaan mereka.
  
Permohonan untuk mendapat kebenaran merayu oleh tiga pemimpin PKR tersebut juga ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 29 Nov tahun lepas.
  
Sementara itu, Aminah berkata beliau hairan mengapa Norhayati tidak mendapat pembelaan daripada PKR sedangkan wanita itu sanggup membuat fitnah demi membela parti dan presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
  
"Sepatutnya dia (Norhayati) minta bantuan daripada Wan Azizah membayar ganti rugi kepada saya seperti yang diarahkan oleh mahkamah kerana apa yang dia lakukan terhadap saya adalah bagi membela Wan Azizah dan PKR.
  
"Saya berpendapat Norhayati perlu memikirkan semula perjuangannya bersama PKR kerana dia telah banyak membela parti itu tetapi sekarang apabila dia susah parti itu langsung tidak membelanya," katanya.


Kenapa kekalahan Ketua Wanita PKR dalam kes saman ini tiada seorang pun Wanita PKR Pusat dan mana-mana peguam yang mewakili PKR dan Pakatan Pembangkang membantu Norhayati? Apakah perbuatan Norhayati dalam melakukan fitnah ini yang bertujuan membela bosnya Anwar Ibrahim hanya sebagai syok sendiri?
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger