KETUA PEMBANGKANG PULAU PINANG ‘PANAS’KAN TELINGA DAP


Siapa sangka seorang wanita yang dilantik sebagai Ketua Pembangkang (BN) di Persidangan DUN Pulau Pinang berjaya memanaskan telinga pemimpin-pemimpn DAP Pulau Pinang.

Benar kata orang seorang ibu boleh mengoncangkan dunia apatah lagi DUN Pulau Pinang yang disifatkan banyak kepincangan.

Dalam membahaskan ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas apabila Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) mempersoalkan satu persatu kepincangan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ketegangan mula timbul apabila Jahara mempertikaikan tindakan Speaker, Law Choo Kiang tidak membenarkan sesi soal jawab kali ini dengan alasan kekangan masa. Ini sekaligus mencatat sejarah baharu dalam DUN kerana tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Ini sesuatu yang mendukacitakan kerana sesi soal jawab adalah penting dalam demokrasi dan saya melihat keputusan ini sebagai hukuman mati ke atas sistem demokrasi dalam dewan akibat keangkuhan kuasa mutlak yang ada pada kerajaan negeri," katanya semasa sidang DUN Pulau Pinang Ke-13.

Kenyataan Jahara menimbulkan rasa tidak senang Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) dan meminta Jahara menarik balik kenyataannya. Bagaimanapun, Jahara enggan berbuat demikian dan mempertahankan hujah beliau dan memberi amaran kepada Jagdeep supaya tidak mengherdiknya.

Jahara kemudian meneruskan perbahasannya dengan membangkitkan pelbagai isu seperti Akaun Perumahan Bumiputera, sistem penyampaian maklumat, projek mega dan pelancongan yang sekali lagi tidak disenangi ADUN DAP.
Beliau memberitahu, dalam aspek pendapatan isi rumah dan pemilikan hartanah, golongan bumiputera di negeri itu terus ketinggalan berbanding kaum Cina dan India.

"Perkara ini menjadi semakin kronik apabila harga rumah khususnya di bahagian pulau melonjak sehingga 137 peratus dan tidak mampu dibeli oleh rakyat di daerah Timur Laut terutama Bumiputera.

"Unit Komersial Bumiputera pula hanya sebanyak dua peratus dan hampir kosong jika tidak dimiliki oleh Mara dan UDA," katanya.

R.S.N. Rayer (DAP-Seri Delima) kemudian bangun mencelah dan mengatakan keadaan itu berpunca daripada salah UMNO.

Bagaimanapun, Jahara menempelak Rayer dengan mengatakan beliau tidak menyebut soal parti sebaliknya bercakap untuk kepentingan rakyat.


Hakikatnya kini pemimpin DAP di DUN Pulau Pinang sudah tidak dapat lagi mendabik dada ekoran kelantangan Ketua Pembangkang BN yang sememangnya bersemangat untuk mempertahankan hak dan kepentingan kaum Melayu dan rakyat di Pulau Pinang.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger